Header Ads

ads header

Flash News

Kelab Bangsar Utama nafi anjur sambutan Hari Asyura


PETALING JAYA: Kelab Bangsar Utama (KBU) menafikan badan bukan kerajaan itu menganjurkan acara sambutan Hari Asyura yang sering dikaitkan dengan komuniti Syiah, selepas tular gambar perkakasan dengan kaligrafi Arab di media sosial.

Penyelaras Abdul Hadi Khalid berkata gambar itu memaparkan perkakasan yang digunakan dalam acara perbincangan mengenai Awal Muharram pada 17 September lepas.

“Gambar itu acara diskusi pada Isnin lalu dan bukan pada 10 Muharram,” katanya, mengulas gambar yang tersebar di media sosial yang dikaitkan dengan penganjuran majlis Syiah.

Awal Muharram, atau hari bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam, jatuh pada 10 September lepas. Hari ke-10 bulan Muharram sepatutnya jatuh pada 20 September.

Hari ke-10 bulan Muharram juga dipanggil sebagai Hari Asyura sering dikaitkan dengan pengikut ajaran Syiah walaupun ia turut diperingati oleh pengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah. Ia dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Husayn Ali, di tangan tentera Muawiyah, dan peristiwa Nabi Musa terselamat daripada Firaun.

Menurut Hadi, acara yang berlangsung pada 8.30 malam itu berkisar mengenai taqwa, pengorbanan dan kehidupan sebagai manusia. Ia turut menyentuh mengenai tragedi pembunuhan Husayn, peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Beliau bagaimanapun akui penganjur acara itu didakwa seorang Syiah, tetapi KBU mempunyai polisi penganjuran program yang terbuka.

“Dia dikatakan seorang Syiah dari mazhab Ja’fari,” katanya. “Kami tak ada masalah selagi ceramah dan forum itu tidak ke arah kebencian dan tidak melanggar hak asasi manusia, tidak memudaratkan dan mengikuti lunas-lunas demokrasi,” katanya.

Hadi tidak mahu menamakan penganjur dan penceramah acara itu, dan menambah perbincangan itu dihadiri oleh lebih 20 orang peserta.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. bahaya punya case

    BalasPadam
  2. Bodo pasal sejarah pembunuhan cucu baginda rasul... Itu keja syiah ler bro, bukan real tentera muawiyah

    BalasPadam
  3. Per: Ia dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Husayn Ali, di tangan tentera Muawiyah

    Kenyataan di atas adalah satu pembohongan ciptaan puak Syiah sedangkan tangan-tangan puak Syiah berlumuran dengan darah Sayyidina Hussain melalui tipudaya Syiah yang zalim dan kejam.

    Perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali dan Muawiyah telah menggagalkan rancangan jahat puak Syiah yang merupakan musuh Islam yang menyamar sebagai umat Islam untuk memecah-belahkan dan menyesatkan umat Islam.

    Puak Syiah telah mengirimkan surat kepada Sayyidina Hussain untuk memujuk Sayyidina Hussain supaya Sayyidina Hussain bersetuju berpindah ke Kufah dengan jaminan keselamatan oleh puak Syiah di Kufah dan puak Syiah di Kufah berjanji akan membela Sayyidina Hussain.

    Puak Syiah adalah pendusta yang mempunyai lidah biawak kerana mereka mengirim tentera Syiah untuk menyerang dan membunuh Sayyidina Hussain dan ahli rombongannya dengan kejam di Karbala ketika rombongan Sayyidina Ali sedang dalam perjalanan menuju ke Kufah.

    Untuk menyembunyikan kejahatan, kezaliman dan jenayah puak Syiah ke atas Sayyidina Ali dan ahli rombongannya, puak Syiah telah mencipta dan menyebarkan propaganda dongeng untuk menfitnah Khalifah Yazid kononnya Khalifah Yazid telah mengerahkan tenteranya untuk membunuh Sayyidina Hussain dan ahli rombongannya.

    Syiah pencetus peristiwa Karbala:

    Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj ‘Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)!
    Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-
    Ihtijaj juz 2 hal. 306)

    Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al-Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta’ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”, seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darahdarah
    kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan puak orientalis barat pula turut membantu puak Syiah menyebarkan dakyah Syiah kononnya Khalifah Yazid telah mengerahkan tenteranya untuk membunuh Sayyidina Hussain dan ahli rombongannya.

      Maka jelaslah orientalis barat dan puak Syiah adalah pendusta yang suka mengubah fakta sejarah mengikut kehendak, politik dan kepentingan puak mereka sendiri.

      Padam
  4. Mengikut hukum Islam, puak Syiah adalah sesat lagi menyesatkan kerana akidah puak Syiah bercanggah dengan Rukun Iman.

    Puak Syiah menolak Al-Qur'an konon Al-Qur'an dicipta oleh sahabat Rasulullah dan Al-Qur'an sekarang tidak lengkap, mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W. , mengkafirkan umat Islam yang tidak beriman pada 12 imam syiah dll.

    Perbedaan Wahabi dan Syiah di jelaskan oleh Ustadz abdul somad
    https://www.youtube.com/watch?v=jA95JZRySjg

    BalasPadam