Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa PH menang 3-0?


SHAH ALAM - Keputusan tiga PRK yang dilaksana dalam tempoh empat bulan selepas PRU14 memberi gambaran sokongan rakyat terhadap PH tidak terhakis meski banyak isu dibangkitkan berhubung manifeso dijanjikan sebelum ini.

Bagaimanapun, ada penganalisis politik menganggap kemenangan 3-0 antara PH dan gabungan blok pembangkang tidak mungkin berlaku sekiranya PRK dilaksanakan di kawasan kubu kuat Umno atau BN.

Penganalisis politik, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ketiga-tiga PRK sebelum ini di Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong merupakan kubu kuat PH dan parti itu berjaya kekalkan kuasa.

Katanya, jika PRK diadakan di kubu kuat BN sudah pasti PH akan mengalami kekalahan kerana bertanding di kawasan yang mereka tidak berkuasa sebelum ini.

“Kena lihat di mana PRK diadakan, kalau di kubu kuat Umno sudah tentu PH sukar menang.

“Tapi kalau PRK di kubu kuat PH seperti Balakong, walau parti lawan daripada BN guna logo apa pun tetap kalah kerana ia kawasan selamat PH,”katanya.

Awang berkata, PH masih lagi diterima rakyat walaupun ada beberapa isu dari segi tadbir urus dan sebagainya melanda kepimpinan parti tersebut.

“Rakyat lebih rela PH kuasai negara pada penggal ini. Walaupun ada beberapa isu berbangkit mereka masih beri sokongan dan undi PH,” katanya. Mengulas peningkatan undi diperoleh calon Pas di Dun Seri Setia, Awang memberitahu ia masih tidak memadai.

Pas memperoleh 4,563 undi pada PRU14 lalu dan mencatatkan peningkatan jumlah undi kepada 9,689 undi pada PRK Seri Setia.

Katanya, jika dibandingkan dengan PRU14, peningkatan peratus majoriti diperoleh calon Pas, Dr Halimah Ali masih tidak memuaskan.

Menurutnya lagi, jika pun peratusan keluar mengundi di Dun Seri Setia meningkat , PH tetap akan menang.

“Pada ramalan saya, walaupun peratusan keluar mengundi meningkat, PH tetap menang namun dengan majoriti tipis. Mereka bukan menang sebab undi popular tapi kerana sokongan pengundi tegar parti itu sendiri.

“Bab peratusan keluar mengundi rendah di Dun Seri Setia mungkin juga kerana ada ahli akar umbi tak setuju dengan gabungan Pas-Umno. Mungkin ada ahli Pas tak turun mengundi atau mungkin juga ada ahli Umno yang sabotaj undi PH,”katanya namun jumlahnya mungkin segelintir saja.

Menyentuh keputusan undi di Balakong, Awang berkata, sudah tentu ia akan dimenangi PH susulan Dun itu merupakan kubu kuat DAP sebelum ini.

“Walaupun parti lawan guna logo BN tak guna logo MCA, PH tetap menang di situ kerana sedia maklum ia merupakan kubu kuat PH sebelum ini.


MR : Kita tunggu berapa undi Anwar dapat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Kejayaan PAS dan UMNO mengurangkan undi majoriti pakatan dalam PRK terbaru selepas PRU14 membuktikan:

    (1) Sebilangan penyokong dan pengundi pakatan telah hilang kepercayaan terhadap pakatan menyebabkan mereka mengundi PAS dan UMNO atau tidak keluar mengundi pakatan kerana memulau pakatan.

    (2) Peningkatan undi yang diperolehi oleh PAS dan UMNO menunjukkan pengundi-pengundi termasuk penyokong dan pengundi pakatan dan pengundi atas pagar sudah mula cenderung untuk menyokong dan mengundi PAS dan UMNO.

    (3) Pakatan sedang mengalami kehilangan sokongan rakyat kerana dasar-dasar pakatan yang tidak pupolar, amalan nepotisme, suka berdolak-daleh dan buat alasan putar belit dan selalu melakukan u-turn, menjadikan UMNO BN sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan pakatan sendiri dan sikap prejudis terhadap Islam dan umat Islam dan setelah pakatan memungkiri janji pakatan sendiri dengan pelbagai putarbelit dan u-turn, ekonomi merundum, nilai ringgit merundum, harga barang keperluan masih mahal, rakyat masih beratur membayar tol dan PTPTN, AES tidak dihapuskan bahkan AES ditambah lagi dan diberi label baru, harga minyak tidak turun walaupun harga minyak telah merundum dll.

    Beban rakyat semakin bertambah bukan dikurangkan di bawah pemerintahan pakatan walaupun mani-pes-tomato pakatan berjanji akan mengurangkan beban rakyat !

    Pilihan terbaik untuk rakyat ialah parti Islam pimpinan ulama Islam.

    BalasPadam
  2. padang tidak sama rata. penggunaan jentera negeri dan pusat adalah strategi kotor yang membuahkan hasil yang busuk. buah yang busuk tentunya tidak akan bertahan lama sebelum dihumban ke dalam tong sampah.

    BalasPadam