Header Ads

ads header

Flash News

KJ, Johari Ghani nafi akan tinggalkan Umno


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin dan Johari Abdul Ghani hari ini nafi mereka akan keluar parti selepas 2 pemimpin kanan meninggalkan Umno dalam tempoh 48 jam lalu.

Khairy bertegas mahu kekal bersama parti itu kerana negara perlukan pembangkang yang berwibawa.

“Rakyat mahu lihat Barisan Nasional mainkan peranan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga menepis dakwaan dia akan mengikut langkah Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman.


“Saya akan terus berkhidmat sebagai ketua Umno Wilayah Persekutuan dan Barisan Nasional Wilayah Persekutuan selagi khidmat saya diperlukan,” katanya dalam kenyataan.

Bekas menteri kewangan II itu mahu menjadi sebahagian daripada usaha reformasi parti dan percaya Umno yang berusia 72 tahun itu akan berjaya meraih kepercayaan rakyat.

Terdahulu media melaporkan tentang senarai mendakwa 17 Ahli Parlimen Umno akan meninggalkan parti itu.

Ahli Parlimen Jeli Mustapa semalam mengumumkan dia meninggalkan Umno selepas 40 tahun bersama parti kerana hala tuju parti itu tidak lagi selari dengan prinsipnya.

Hari ini, Ahli Parlimen Kimanis Anifah mengumumkan dia juga meninggalkan Umno kerana ia tidak lagi boleh memenuhi janji memulihkan hak Sabah dan Sarawak yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Tak payah tanyalah. Kalau nak pergi , pergi aje.

    BalasPadam
  2. Tak lama lagi BERSATU akan hijack UMNO jadi tak perlulah KJ terburu2 nak cari tempat berpaut. Tun Mahathir akan lead UMNO tak lama lagi bila DSAI masuk parlimen.

    BalasPadam