Header Ads

ads header

Flash News

Mat Sabu Selamat Seorang Salahuddin Selamat Seorang Lagi


Sebelum ini Rafizi mulut celupar ada mengatakan bukan senang untuk bayang hutang muflis (pembantu Mat Sabu). Dia tambah lagi ada rakan kita yang pimpinan kanan terkiya-kiya nak bayar hutang saman (dia tuju kepada Mazlan). Rafizi kata sampai hari ini masih belum dapat kump[ul duit nak bayang hutang.

Tapi hebat pembantu Mat Sabu boleh bayar dalam beberapa hari sahaja hutang RM800K. Lebih hebat daripada pimpinan UMNO. Memang PH hebat dan lagi hebat parti Islam Liberal Amanah.

Hari ini Mazlan Aliman masih gagal bayar saman Felda RM350K. Agaknya Salahudin Ayub belajar dengan Mat Sabu. Anda boleh baca berita Malaysiakini di bawah. Kalau tak faham minta saya ulas panjang nanti.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dijangka dilantik menerajui agensi penting bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Datuk Salahudin Ayub berkata pelantikan akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita sudah kemukakan nama beliau kepada Dr Mahathir dan setakat ini tidak ada masalah…harap ia akan diketahui dalam masa terdekat, hanya tunggu keputusan perdana menteri.

“Saya rasa tidak ada masalah Mazlan diberi tempat untuk perjuangan beliau kerana apa yang telah dibuat untuk peneroka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulangtahun Amanah ke-3 bertemakan “Bersama Menerajui Perubahan” di Dewan Tun Razak hari ini.

Salahudian berkata pelantikan itu dicadangkan sebagai menghargai perjuangan Mazlan membantu Pakatan Harapan sehingga menang 75% di kawasan Felda pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

“Beliau sudah 30 tahun berjuang, itu kapasiti atau ‘track record’ yang harus diberi kepada Mazlan untuk beliau terus membela nasib petani,” katanya.

Salahudin berkata cadangan tersebut tidak bercanggah dengan janji “tiada lantikan politik” dalam manifesto Pakatan Harapan memandangkan agensi yang berkenaan bukan syarikat berkaitan kerajaan.

Antara agensi yang terletak di bawah kementerian itu ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan