Header Ads

ads header

Flash News

Nak Ulas sikit sahaja pasal keberanian ‘Si Tua’ 93 Tahun, yang buat ada orang menitiskan air mata



Ada penulis menulis kononnya dia menitis air mata kerana keberaniaan Tun Mahathir Mohamad di UNGA, New York.

Kata penulis tersebut, "Jujurnya saya hampir menangis melihat susuk sang pemimpin seusia 93 tahun, tampil di pentas dunia dengan lantang mengkritik kezaliman negara kuasa besar dan membela yang tertindas, secara terbuka. Isu kedaulatan negara Palestin dan penghapusan etnik Rohingya misalnya, secara jelas menggambarkan betapa pemimpin yang pernah digelar ‘Mahafiraun’ oleh sesetengah pihak ini, cukup mengambil berat isu umat Islam dan kemanusian sejagat."

Penulis itu menulis lagi "Satu-persatu isu disentuh beliau. Dewan memberi perhatian penuh. Tepukan mengiringi setiap kali kritik dan saran terhadap isu-isu kritikal dilontarkan. Sekali lagi sorakan gemuruh mengiringi beliau sejurus habis berucap. Deligasi bangun berdiri memberi penghormatan. Perjalanan beliau turun pentas dan keluar dewan dikerumuni pemimpin negara-negara anggota yang lain dan orang ramai. Ya, akhirnya saya menitiskan air mata. Teruja dan bangga menjadi rakyat Malaysia yang punya pemimpin sepertinya. Begitu besar penghormatan dunia terhadap ‘orang tua’ ini. Tentunya atas kebijakan dan keberanian beliau di pentas dunia. Tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah antara arkitek berpengalaman politik dunia yang ada ketika ini."

Cara penulis begini sangat baik membuatkan orang lupa siapa sebenarnya Tun Mahathir. Cara ini membuatkan agamawan dalam parti Amanah seronok membela Tun Mahathir.

Mereka lupa Tun Mahathir menghina Nabi. Bagi mereka menghina Nabi tidak sehebat dengan membela Palestine di UNGA. Hina Nabi, tolah Islam itu perkara kecil. Yang penting negara harus di sanjung di dunia luar. Itu lebih utama. Itu nabi ajar agawan yang ada dalam parti Amanah.

Mereka lupa 20 tahun negara huru hara kerana sikap Mahathir yang menuduh Anwar liwat sehingga kini status liwat Anwar itu betul atau salah kita pun tak pasti. Adakah Anwar hohong atau Mahathir kaki fitnah.

Saya berpendapat jika penulis ini ada zaman Firaun dan Qorun dia juga akan menitis air mata bagaimana hebatnya Firaun membuat tali air boleh menyalurkan tanah yang tandus serrta gersang sehingga mendapat air. Ini menyebabkan dia mengaku dia tuhan. Itu belum masuk lagi bagaimana Firaun membuat bangunan tinggi untuk melihat tuhan Nabi Musa a.s. yang dikatakan tingginya 15km.

Sangat hebat dan menakjubkan. Pasti penulis (dua dari kanan) bersama sebahagian delegasi Malaysia ke Persidangan Agung PBB di New York akan menitis air mata selama dua hari dua malam kerana ta'ajub dengan batang tubuh firaun yang begitu hebat...

ZULZALLYZUKARNAIN (3Z)



MR : Tajam engkau sindir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. Setuju...
    Sirah telah memberi petunjuk dan panduan kpd umat selepasnya. Sememangnya itu lah yg terjadi drp dulu sehingga skrg.. Yg miskin dan yg mengajak kpd Allah dimaki.dihina.dicerca. Yg kaya, yg membuat pembangunan, kononnya bijak ekonomi, yg boleh bg kenyang perut mereka disanjung dan dijulang. Begitulah skrg yg berlaku. Ulama dihina. Dikatakan kolot. Tak reti ekonomi. Apa yg mereka hendak hanyalah nk kenyang perut semata2.

    BalasPadam
  2. Jika anda berkuasa, parasit-parasit dan lintah darat akan menghampiri diri anda dan mencurahkan anda dengan pelbagai pujian karut marut kerana mereka mahu memperkudakan anda atau melembukan anda.

    Merekalah akan menjadi PUNAHsihat anda dan mereka akan menjadi lintah dan pacat yang sedang kenyang menghisap darah rakyat !

    Apabila anda kehilangan kuasa mereka akan melarikan diri dari anda seolah-olah anda mengidap penyakit taun atau AIDs ! Begitulah kehidupan dunia yang fana ini.

    Kehidupan akhirat jua yang kekal abadi. Cintailah Allah dan Allah akan mencintai kamu !

    BalasPadam
  3. Tak habis2nak menangis.

    BalasPadam
  4. Satu laporan terbaru:

    Seluruh New York dibanjiri air mata kerana seluruh manusia di New York menangis mendengar ucapan Maha Fir aun tertua di dunia. Di waktu beliau berucap semua burung berhenti berkicau kerana turut mendengar ucapan beliau yang amat bersejarah. Sungai berhenti mengalir dan the fishes in the Atlantic Ocean stop moving ! Para mumia dalam muzium Amerika menangis teresak-esak ! Astounded !

    Sekian.

    Laporan disediakan oleh:

    Warta-wang Badut @ Pengampu Professional From Hell

    BalasPadam
  5. BARU SEKARANG MANTAN PEMBANGKANG SEDAR KESILAPAN LALU

    Bukan ini pertama kali Mahakalut menyuarakan masalah Palestine di dalam bangunan PBB. Malah Mahakalut dinobatkan sebagai suara paling lantang dalam isu Philistine dan lebih lantang dari Pak Erdogan.

    Namun lantang bukanlah bermakna kuat dan mengerunkan. Lantang bukan bermakna seruan itu ditelan bulat-bulat oleh para perwakilan. Malah lantang dianggap sebagai langau dan unggas semata-mata.. kecil tapi menganggu.

    Dan kenapa Palestine bertambah teruk ditindas meskipun setelah berkali-kali Mahakalut berpidato dipentas PBB adalah bukti hidup bahawa cakap-cakap Mahakalut adalah umpama tin kosong. Bingit tapi bila disepak ia akan terpelanting jauh.

    KEPADA MANTAN PEMBANGKANG, LEBIH BAIK TERLAMBAT ASALKAN BUAT. MINTALAH KEAMPUNAN SEBELUM TERLAMBAT

    BalasPadam
  6. Kalau berani hantar le tentera kat myanmar.

    BalasPadam