Header Ads

ads header

Flash News

Pakatan Harapan tidak akan terima Umno ulas Dr M berhubung kerjasama UMNO-PKR


Pakatan Harapan tidak akan menerima Umno sebagai sebuah parti dalam gabungan HARAPAN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, bagaimanapun berkata anggota Umno boleh menyertai mana-mana parti komponen PH jika mereka bertindak keluar daripada Umno terlebih dahulu.

“Jika mereka (Umno) mahu bekerjasama dengan PKR, kita tidak akan menerima mereka dalam Pakatan Harapan (sebagai parti komponen).

“Tetapi jika mereka secara individu menyertainya sebagai anggota PKR, Bersatu, DAP, atau apa sahaja (parti dalam HARAPAN), maka kita boleh terima mereka tetapi bukan parti itu (Umno),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi BERSATU semalami.

Perdana menteri ditanya mengenai kemungkinan Umno bekerjasama dengan PKR dan kembali sebagai parti pemerintah.

- Bernama


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Lain ditanya lain dijawap atok. Kerjasama dgn pkr bukan dgn ph la.

    BalasPadam
  2. Memang akhir2 ni nampak tahap lembab atok dek umurnya. Tu tak pelik. Tp yg pelik penjilat atok ni mcm buta tuli.

    BalasPadam
  3. hahahhaa.....sama saja tu. Tukar nama parti saja orangnya sama, sifat dan fikiran sama. Tak ada beza PH & BN.

    BalasPadam