Header Ads

ads header

Flash News

PAS akui lemah media sosial, antara punca kalah PRU


KUALA NERUS, 15 Sept ― PAS mengakui kelemahan jenteranya menguasai media sosial menjadi punca kekalahan parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 Mei lalu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara itu terkandung dalam laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap pencapaian PAS yang mengambil kira pandangan daripada semua pihak termasuk ahli akademik, tokoh masyarakat dan badan pemikir dari dalam serta luar negara.

“PAS dan rakan Gagasan Sejahtera turun ke gelanggang PRU14 di padang yang tidak sama rata berbanding Barisan Nasional (BN) yang menguasai kelebihan media, jentera dan kewangan.

“Serta bersaing dengan Pakatan Harapan (PH) yang menguasai kelebihan media sosial tanpa batasan akhlak dan moral. Dalam keadaan serba kekurangan PAS telah berjaya mempertahankan Kelantan dan mengambil semula Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden PAS pada muktamar tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.

Antara tetamu yang hadir memenuhi undangan julung kali ke muktamar itu ialah presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rombongan pimpinannya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata kelemahan penguasaan media sosial juga menyebabkan mesej yang ingin disampaikan oleh parti itu kepada masyarakat bukan Islam serta pengundi muda gagal mencapai sasarannya.

Cabaran itu sekali gus menuntut PAS untuk melipat gandakan persediaan dan tindakan secara lebih strategik bagi memastikan agenda kemenangan pada PRU15 dalam tempoh lima tahun lagi dapat dicapai.

“Dewan Pemuda mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu silam, bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan, pendekatan dakwah yang kreatif dan penguasaan media sosial.

“Lapangan anak muda (media sosial) perlu dimanfaatkan untuk membawa mesej Islam, mendepani isu nasional dan antarabangsa serta mengemukakan solusi terhadap permasalahan rakyat serta anak muda,” katanya.

Selain itu, beliau juga menggesa supaya media rasmi seperti Harakah, Harakahdaily, HijauFM memainkan peranan dengan lebih agresif dan disokong oleh semua peringkat bagi menangani fitnah serta kerosakan yang dilemparkan oleh media sosial lawan di luar sana. ― Bernama


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Kelemahan utama parti Islam PAS sebelum dan semasa PRU14 ialah PAS tidak mempunyai cybertrooper untuk membela PAS dan menentang pelbagai fitnah dan propaganda palsu yang dicipta dan disebarkan dalam internet oleh cybertrooper ternakan pakatan syiah-liberal-kafir harbi untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS dan perjuangan Islam.

    Sikap PAS membiarkan fitnah terhadap PAS berleluasa tanpa sebarang tindakan balas dari pihak PAS amat merugikan PAS sendiri. Sepatutnya PAS bertindak secara proaktif untuk menghapuskan fitnah yang disebarkan oleh tentera dajal !!!

    Dan hasilnya PAS kalah di pantai barat kerana rakyat telah ditipu oleh pakatan dengan pelbagai fitnah dan janji plasu. Sikap rakyat menyokong dan mengundi pakatan secara membabi buta amat tanpa sebarang alasan rasional merugikan Islam dan umat Islam sendiri.

    Dan akhirnya rakyat hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja setelah dikencing hancing oleh pakatan syiah-liberal-kafir harbi.

    BalasPadam
  2. Media hijau boleh membuka laluan untuk komentar dan perbahasan yang yang lebih luas, kritis tapi benar tapi dlm masa sama perbahasan para langau2 yang menyimpang, songsang dan bobrok akan disekat.

    BalasPadam

  3. Yang menyebabkan prestasi PAS dan UMNO merosot bukannya kelemahan media sosial..... Tetapi kerana pengundi percaya bulat-bulat apa yang di janjikan oleh PH masa berkempen dulu. Seperti sesetengah orang berkata kalau hendak senang (di dunia kena pandai menipu) dosa pahala kemudian kira.

    Dan pengundi pun bukannya semua boleh berfikir secara matang.

    BalasPadam