Header Ads

ads header

Flash News

Pengosongan kerusi Port Dickson tiada mesyuarat rasmi - Amirudin


SHAH ALAM: Tiada mesyuarat rasmi dalam PKR berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata, beliau juga tidak tahu berkenaan keputusan Ahli Parlimen Port Dickson untuk mengosongkan kerusi di parlimen itu sebelum pengumuman semalam.

Amirudin berkata, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, berkata tindakan itu mungkin adalah satu strategi parti namun beliau tidak pasti berkenaan perkara itu.

"Sekarang ini saya tunggu mesyuarat rasmi kenapa keputusan itu dibuat. Selalunya apabila ada PRK dan sebagainya, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik.

"Namun, dalam mesyuarat yang lalu saya ada bertugas di Lumut, Perak. Saya tidak pasti apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

"Jika tanya saya, tiada mesyuarat rasmi mahupun keputusan untuk PRK di Port Dickson serta Ahli Parlimen berkenaan mengosongkan kerusi," katanya ketika diminta mengulas berkenaan PRK Port Dickson yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen INPENS International College di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, semalam mengumumkan mengosongkan kerusi yang disandangnya untuk ditandingi bakal Presiden PKR itu dalam usaha Pakatan Harapan (PH) mengangkatnya sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Ketika ditanya adakah beliau akan membantu untuk berkempen dalam PRK Port Dickson nanti, Amirudin berkata ia adalah tanggungjawab dalam parti.

"Itu pilihan parti kita harus bekerja untuk itu. Tanggungjawab saya untuk membantu dalam PRK nanti dan memenangkan parti," katanya.

Beliau turut ditanya adakah pengundi akan mula bosan seterusnya memboikot PRK Port Dickson yang akan datang.

"Kita kena lihat dari semasa ke semasa. Strategi perlu dibincangkan secara serius dalam mesyuarat. Kita dapat dilihat kepentingan namun keputusan dibuat atas kebijaksanaan kepemimpinan tertinggi parti," katanya.

Semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyelar keputusan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson yang didakwa ‘didalangi’ sesetengah pemimpin parti itu dibuat tidak mengikut saluran betul.

Beliau didakwa berkata, tindakan itu dilabelnya sebagai dangkal kerana tidak dibuat secara bersama kerana menyisihkan suara pemimpin lain dalam PKR.

MR : PKR kan parti Anwar sekeluarga, jadi mesyuarat pun di rumah Anwar. Rafizi datang kerana dia anak angkat Anwar.. Anwar dan Zizah rindu anak lelaki selepas anak lelaki menghilang diri tak nak jumpa keluarga. Engkau bukan keluarga, jadi jangan masuk campur...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Kalau nonagenarian boleh bukak parti baru, orang yang lebih muda sepatutnya lebih berkeyakinan untuk membuka lembaran baru kalau lembaran lama sudah tercemar dan tercalar.

    Cakap banyak kat media tak guna, ia melanggar disiplin. lebih baik angkat kaki dengan maruah tinggi sebelum diusung keluar bak kucang dihinggapi kurap.

    BalasPadam