Header Ads

ads header

Flash News

Pertemuan Gagal - GPA-IPT memberi tempoh 7 hari kepada Maszlee untuk meletakkan jawatan presiden


KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Maszlee Malik mempertahankan pelantikannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana dia diberi misi penting yang jika ditolak adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Maszlee memberitahu pengkritik bahawa misi tersebut adalah mengembalikan kegemilangan UIA di peringkat antarabangsa.

“Saya dilantik dengan misi. Kalau saya tolak ianya tindakan yang tidak bertanggungjawab sebab tak laksanakan misi tersebut,” katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan aktivis mahasiswa di sebuah restoran berhampiran Universiti Malaya hari ini.

Pertemuan 2 jam itu melibatkan Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (GPA-IPT), Demokrat Universiti Malaya, Engage, Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya, Angkatan Warga Aman Malaysia dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung.

Pertemuan itu susulan tunjuk perasaan kira-kira 12 mahasiswa terhadap pelantikan Maszlee di kompleks kerajaan di Putrajaya 6 September lepas.

Mazlee hari ini memberitahu pemberita pelantikannya satu amanah. “Saya ini dilantik oleh UIA, bukan saya melantik diri sendiri.”

“Visi saya, hasrat saya adalah menjadikan UIA sebagai Universiti Oxford orang Islam,” katanya.

Mahasiswa tak yakin

Kata-kata Maszlee bagaimanapun gagal meyakinkan persatuan mahasiswa. GPA-IPT memberi tempoh 7 hari kepada Maszlee untuk meletakkan jawatan presiden.

“Jika beliau tak mahu letak jawaan selepas tempoh yang ditetapkan. Lebih ramai lagi mahasiswa dan aktivis yang akan turun membantah perbuatan itu,” kata Presiden Asheeq Ali.

Asheeq berkata dalam pertemuan tersebut Maszlee gagal menjawab soalan mahasiswa dengan baik dan enggan meletak jawatan.

“Suasana agak tegang. Kami menemui jalan buntu. Jadi saya putuskan untuk bersurai dan tamatkan perbincangan ini,” katanya kepada pemberita.

Asheeq ditahan bersama seorang lagi aktivis, Siti Nurizzah Mohamad Tazali selepas enggan bersurai dari pintu masuk kompleks kerajaan 6 September lepas.

Sebelum ini, bekas presiden UIA Tan Sri Rais Yatim berkata pelantikan Mazlee akan menimbulkan tanda tanya kerana seorang presiden diberi banyak kuasa termasuk kuasa pemutus, kuasa disiplin dan kuasa dasar, dan menjadi perantara universiti dengan kerajaan.

“Jadi kalau dia ambil satu universiti sebagai presiden, universiti lain macam mana?” katanya.

MR : Perlantikan Dr Maszlee bercanggah dengan prinsip PH tapi degil punyal pasal dia berkeras....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Nak teraju UIAM jadi Oxford takde masalah. Letakkanlah sahaja jawatan Menteri Pendidikan. Beres. Takde masalah. Ini nak bolot semua gilalah.

    BalasPadam
  2. ini namanya taksub dgn diri sendiri

    BalasPadam