Header Ads

ads header

Flash News

PH lebih teruk, dahsyat daripada Umno kata Hadi


PETALING JAYA: PAS berkata kerajaan yang dipimpini Pakatan Harapan (PH) pada masa ini lebih teruk dan dasyat daripada kerajaan terdahulu berikutan melihat kepincangan yang dihadapi masa ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata antara yang ketara adalah tindakan PH melepaskan kes rasuah menteri yang di bawa ke mahkamah.

“Kalau Umno yang sudah memerintah 60 tahun, ada juga menteri besar, menteri di bawa ke mahkamah kerana kes rasuah dan ada yang dipenjara.

“PH, memerintah baru berapa bulan, bawa ke mahkamah diselesaikan begitu sahaja.

“Memerintah 4 bulan sudah ada masalah, apatah lagi kalau memerintah 60 tahun,” katanya ketika berucap merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di Kuala Terengganu.

Hadi berkata demikian merujuk kepada kes Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang baru-baru ini selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik tuduhan mereka.

Sukar tadbir Kelantan, Terengganu tanpa bantuan Putrajaya

Hadi berkata PAS sukar mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan lebih maju dan pesat berikutan kebanyakan aspek ekonomi perlu mendapat kelulusan kerajaan Pusat.

“Kekangan kita khususnya dari segi bidang kuasa melaksanakan syariah Islam termasuk dalam aspek ekonomi. Kerajaan negeri tidak boleh tubuh bank, itu di bawah Kuasa Pusat.

“Jika ingin membawa masuk pelaburan asing ke Terengganu dan Kelantan perlu mendapat kelulusan kerajaan Pusat. Itu antara kekangan kami,” katanya.

Jelasnya, bidang kuasa negeri lebih kepada perihal berkaitan pentabdiran negeri seperti menguruskan masjid, harta pusaka, tanah wakaf, pendidikan agama dan hal tanah.

Justeru, Hadi berharap agar kerajaan Pusat lebih terbuka dan memberikan banyak ruang bagi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dalam memajukan negeri-negeri berkenaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal bulan ini dilaporkan berkata Kelantan tidak boleh ditadbir tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, walaupun kebanyakan penduduknya bijak pandai dan cekap dalam tugasan pentadbiran kerajaan, namun negeri itu menjadi miskin kerana kekurangan kutipan cukai dan segala-galanya sekaligus hal ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Telah berlaku kerugian besar ke atas umat Islam kerana sejak pakatan syiah-liberal-kafir harbi pimpinan tokong roket berkuasa, badan kehakiman telah dipimpin oleh orang kafir.

    Mahkamah rayuan telah memberikan hak penjagaan penuh dua kanak-kanak yang di-Islamkan semasa dijaga oleh ibu mereka, kepada bapa mereka yang beragama Buddha. Seolah-olah Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) dll tidak wujud.

    Pengundi-pengundi pakatan turut menanggung dosa besar kerana menyokong kezaliman pakatan !

    BalasPadam
  2. Kleptokrat boleh di sumbat dalam sel. Si zalimun tak boleh disumbat dalam sel. Sebaliknya si vokal yang kena sumbat dalam sel. Ramai dah merasa tapi sedikit saja yang sedar sejarah boleh berulang.

    BalasPadam
  3. Minta Terengganu dan Kelantan supaya buat referendum untuk tuntut autonomi jikalau Kerajaan pusat tidak beri royalti Minyak. Mintak pembebasan daripada jajahan kerajaan Pusat. Minta Devolution seperti apa yang dinikmati oleh Rakyat Scotland dan Northern Ireland.

    BalasPadam