Header Ads

ads header

Flash News

PH tak jamin Islam, kita terpaksa 'back off'


KUALA NERUS - Gerakan perubahan diambil Pas bersama mana-mana rakan ganding menetapkan Islam sentiasa diutamakan

Malah parti dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini tidak menoleh ke belakang lagi apabila rakan gandingnya yang dulu tidak dapat menjamin Islam di hadapan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hasan berkata kebersamaan itu pada awalnya memang untuk menggerakkan jentera perubahan namun mereka terpaksa berundur.

"Jadi awalnya kita memang bersama dengan mereka untuk menggerakkan jentera perubahan malah kita pernah bersama menyertai Bersih 1, Bersih 2 dan kita juga menyertai gabungan PR pada peringkat awal.

"Tapi apabila kita melihat aliran gerakan perubahan itu tidak jamin meletakkan Islam di hadapan maka kita terpaksa 'back off'," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Muktamar Pas ke-64 melabuhkan tirai, hari ini.

Katanya, hala tuju Pas dalam menuju ke PRU15 dapat disimpulkan dengan jelas selepas muktamar kali ini.

"Kesimpulannya ialah Islam memimpin (tema Muktamar Pas ke-64) dengan maksud Pas akan mencari rakan ganding untuk menghadapi PRU15 .

"Rakan ganding yang boleh menerima dasar dan prinsip perjuangan Islam Pas bawa. Sudah tentunya kita sedang bergerak untuk membawa perubahan," katanya.

Mengimbau gerakan perubahan dulu, Nasrudin berkata Abdul Hadi sendiri telah menegaskan perubahan itu tidak ada makna sekiranya tidak tahu di mana letaknya Islam.

"Memang dulu sudah ada gerakan perubahan tapi seperti mana yang presiden sebut, apa erti perubahan itu jika tidak tahu letak duduknya Islam itu dalam arus gerakan perubahan.

"Jadi apa yang kita nak jana sekarang ialah kita nak beri penekanan kepada masyarakat, perlunya membuat perubahan. Kalau dulu rakyat buat perubahan dengan tumbangkan Umno-BN, kini kita lihat PH juga tidak meletakkan satu kadar perubahan yang tepat dengan kehendak Islam," katanya.

Katanya, dengan mengangkat matlamat Islam memimpin, hala tuju Pas menuju pilihan raya akan datang adalah untuk memastikan gelombang itu adalah gelombang Islam.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Mengapa semua "rugi " ?

    Kerana kerajaan sekarang jauh meninggalkan Islam.

    Ingatlah saudara semua bahawa Islam membawa keberkatan dan rahmat. Segala yang tak cukup Allah akan cukupkan. Segala yang kurang Allah akan tambahkan.

    Itu sebab tiada alasan untuk tidak amalkan Islam.

    Jikalau Islam dilaksanakan segala berkah dan rahmat Allah akan limpahkan ke Bumi Malaysia. Segala hasil dilipat gandakan. Allah sendiri akan beri rezeki "daripada hasil yang kamu sendiri tidak dapat jangkakan" . Itulah janji Allah yang mana ramai manusia tidak faham.

    Ingatlah nikmat Allah bukannya nombor duit. Tetapi nikmat Allah ialah ilmu , kekuatan , usaha , ikhtiar dan redha.

    Inilah yang lebih berharga daripada wang ringgit.


    Kalau semua janji tak mahu ditepati atas sebab duit maka simpanlah duit sampai 1000 tahun pun ia tidak akan beri manfaat kepada sesiapa.

    Najib menggunakan wang ringgit , ilmu dan juga kebijaksanaan untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan yang sekata dan sustainable. Malangnya emosi menyebabkan orang percaya lebih kepada fitnah dan bukannya fakta. Akhirnya yang parah rakyat juga.

    Ayuh kita perbetulkan umat ini dengan penyatuan gagasan sejahtera.

    Wassalmualaikum

    Mr. Kama
    Coventry.

    BalasPadam
  2. Tindakan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam meninggalkan puak liberal dan puak kafir harbi biaDAP adalah tindakan yang tepat kerana PAS mengutamakan Allah dan RasulNya sedangkan puak liberal dan puak kafir harbi pula telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Syabas dan tahniah untuk PAS dan pejuang Islam dan penyokong perjuangan Islam.

    BalasPadam
  3. mengundur bukan bererti give up. mengundur beberapa langkah yang dalam bentuk taktikal yang merendah diri bakal mendapat pulangan apabila disertai dengan kesabaran dan strategi bergerak kehadapan yang ampuh.

    BalasPadam