Header Ads

ads header

Flash News

Royalti: Petronas rugi jika beri 20%, kata Dr Mahathir


KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus berdolak-dalik berhubung isu royalti kepada negeri pengeluar minyak dengan menegaskan penunaian janji manifesto Pakatan Harapan (PH) akan memberi kesan buruk kepada Petronas.

Dr Mahathir memberitahu pemberita hari ini kerajaan pusat bimbang janji itu hanya akan meningkatkan kos operasi Petronas menyebabkan syarikat itu kehabisan wang.

Manifesto PH berjanji menambah bayaran royalti kepada negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu daripada 5% kepada 20%.

“Petronas adalah sebuah syarikat yang unik kerana ia merupakan satu-satunya syarikat milik kerajaan yang terlibat dalam eksplorasi, pembangunan, pengeluaran dan petrokimia.

“Orang dari seluruh dunia meminta Petronas bekerja di negara mereka, jadi jika Petronas hanya mengutip royalti, kita akan rugi banyak. Kita perlu pertahankan kekuatan Petronas,” katanya.

Pada masa sama Dr Mahathir berkata, bayaran tunai 5% kepada negeri pengeluar minyak perlu dikaji semula.

Beliau bagaimanapun berkata angka 5% itu dikira berdasarkan kos operasi dan jumlahnya agak besar bagi syarikat tersebut.

Apabila ditanya sama ada kerajaan pusat bersedia melepaskan bayaran 5% yang diterima daripada Petronas kerana kerajaan juga mengutip cukai dan dividen, Dr Mahathir mempertahankan bayaran itu dengan berkata kerajaan juga memberi balik wang itu kepada negeri.

“Malah banyak kerajaan negeri berhutang dengan kerajaan pusat dan tidak membayarnya. Ini pinjaman tak berbayar yang bermakna Putrajaya boleh bangkrapkan kerajaan negeri yang tidak bayar balik hutang,” katanya.

Paling penting, kata Dr Mahathir, semua rakyat tanpa mengira negeri harus belajar untuk hidup bersama dan bersikap adil antara satu sama lain.

Beliau menegaskan kerajaan pusat mengetahui masalah yang dihadapi negeri Sabah, malah telah melakukan banyak pembaikan di negeri itu.

“Sabah yang saya lihat pada 1965, kali pertama saya ke sini, tidak mempunyai jalan raya di luar Kota Kinabalu. Walaupun (bekas ketua menteri) Haris Salleh memiliki kereta Jaguar, dia boleh memandu jarak sejauh 20 batu sahaja.

“Tetapi sekarang, serba serbi ada. Kita akan terus bangunkan Lebuhraya Pan Borneo, tetapi ia akan berjalan perlahan sedikit kerana kita tidak ada duit,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Semua alasan yang sama. Inikah kerajaan baharu ?
    Kalau semua rugi , saya syorkan satu sahaja : Tolong undur dan bagi jawatan PM kpd Anwar Ibrahim atau bagi kpd PAS atau UMNO.
    Mengapa tak potong gaji Menteri ?

    BalasPadam
  2. kata tak ada duit tapi kabinet dapur besar gedabak.

    sama macam tak ada duit tapi pakai Jaguar

    kata tak ada duit tapi gaji tak nak diundur ke era pra GST

    apa jedahnya gali emas hitam di tempat orang tapi tak nak bayar royalti

    sama macam nak dengar lagu tapi tak nak beli CD

    akhir sekali

    dah tahu hutang banyak tapi tak nak beritahu cai-cai yang buat janji

    tang ini sama macam kat depan ada buaya menanti tapi kawan yang menyeberangi sungai tak diberitahu

    justeru kalau dengar 100 perkataan yang keluar, 200 ayat tak boleh percaya...auta kolingge.

    BalasPadam
  3. Wah Maha Qarun sudah memulakan auta, putar belit dan u-turn baru pula untuk memungkiri janji pakatan syiah-liberal-kafir harbi kepada negeri-negeri pengeluar minyak kerana dia fikir Melayu mudah lupa konon !!!!

    Adakah Maha Qarun yang telah nyanyuk sehinggakan dia lupa janjinya sendiri? Bukankah ini bererti pemimpin-pemimpin pakatan mempunyai lidah biawak ?

    BalasPadam
  4. Saudara , segala negara yang mahu membangun perlukan hutang untuk berkembang. Tidak ada negara yang boleh maju tanpa hutang. Malaysia amat memerlukan rangkaian komunikasi dan pengangkutan yang canggih antara negara-negara kaya dan berkuasa besar supaya kita akan terus maju.
    Malangnya , kerja-kerja murni ini di sabotaj oleh orang tua yang asyik buat u-turn tapi bila kita panggil munafik dia marah pula.
    Apakah strategi pemimpin seperti ini akan memberikan keyakinan kepada pelabur asing ? sudah tentu tidak !

    Apakah hasil lawatannya ke Jepun ? Hanya dapat projek kereta baru yang hanya menguntungkan diri sendiri dan tak lain daripada itu. Misinya untuk mendapat dana dengan faedah yang lebih rendah tidak berjaya. Mana tidaknya ! Kita sendiri semua sudah maklum bahawa ada ketegangan kuasa dalam rantau sino-jepun dan Jepun sudah tentu tidak mahu mengeruhkan keadaan.

    Apa jadi dengan lawatan dengan Presiden China ? Apa hasilnya ? Tiada apa-apa. Buang duit , buang masa dan buang tenaga.
    Inilah tindakan yang merugikan Malaysia.

    Sekarang Atuk mahu keruhkan hubungan dengan Singapura dengan membatalkan projek keretapi dan juga perjanjian bekalan air. Inikah cara nak tarik pelabur.

    Di mata dunia Islam pula Malaysia mengalami kerugian besar apabila Raja Salman tidak mengiktiraf Tun Tua sebagai wakil daripada Malaysia sebaliknya menganggap Zahid Hamidi sebagai wakil Islam yang lebih tepat bagi Malaysia.

    Apakah pelabur akan yakin dengan Malaysia dengan gerak geri dan perangai yang busuk seperti Tun Tua ini ? Sudah tentu tidak. Hanya orang gila sahaja yang akan melabur ke dalam negara yang ditadbir oleh orang tua nyanyuk.

    BalasPadam
  5. Muka, hati milik org yg sama. Parti jer lain.

    BalasPadam