Header Ads

ads header

Flash News

‘Saya masih hidup dan sihat’, kata Muhyiddin


PETALING JAYA: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau mampu menjalankan tugasnya walaupun mengakui mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Muhyiddin berkata, kesihatannya bertambah baik selepas menjalani beberapa rawatan termasuk rawatan kimoterapi setelah selesai pembedahan dan rawatan membuang ketumbuhan pada pankreasnya.

“Saya datang ke sini sudah tentu ingin menunjukkan kepada anda bahawa saya masih hidup dan sihat. Tetapi untuk berlaku adil saya merasakan lebih baik setiap hari.

“Sementara saya pergi ke fasa kedua rawatan kimoterapi. Saya pergi ke mesyuarat Kabinet semalam kerana saya tidak boleh duduk di rumah sahaja, saya mahu lakukan sesuatu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PPBM, hari ini.

“Saya juga sudah bermesyuarat dengan pegawai saya di kementerian, di rumah. Kerja sudah berjalan namun ia masih terhad,” katanya.

Pada Ogos lalu, setiausaha akhbar menteri dalam negeri itu memaklumkan Muhyiddin sudah dibenarkan keluar dari Hospital Mount Elizabeth Singapura setelah selesai menjalani rawatan.

“Terima kasih kepada semua doktor, jururawat serta staf hospital Mount Elizabeth Singapura. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesihatan dan meluangkan masa melawat,” katanya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Beruntung dapat Muslim sebagai pembangkang. Meskipun berada di sisi bertentangan dengan si sakit, masih memberikan ruang pada lawan untuk berehat dan dibebaskan dari kata2 sindir lagi pedas-pedasan. Kalaulah RBA masih di posisi pembangkang, yang sakit dan yang sihat akan dilayan sama rata: tiada belas dan tiada diskaun.

    BalasPadam