Header Ads

ads header

Flash News

Saya tak akan bergari jika keluar Umno minggu lepas


Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa beliau tidak akan berbaju lokap dan bergari sekiranya meninggalkan parti itu minggu lepas.

Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji itu berkata penahanan beliau merupakan harga yang perlu dibayar untuk perjuangan Umno.

Semalam Abdul Azeez bersama abang dan sepupunya ditahan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Putarjaya.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan. Jika saya telah keluar dari Umno minggu lepas, anda tidak akan lihat saya begini (berbaju lokap SPRM dan bergari) hari ini.

“Namun walau apa pun dugaan atau rintangan atau ugutan yang datang, hatta ke penjara sekalipun saya tetap tidak akan meninggalkan perjuangan parti keramat Umno ini,” kata Abdul Azeez.

Kenyataan itu dibuat selepas dakwaan bahawa ada pemimpin Umno diugut dengan tindakan mahkamah jika mereka tidak meninggalkan parti itu.

Tidak lama selepas pilihan raya umum 9 Mei, pihak berkuasa menyerbu kediaman Azeez di Selangor dan Kedah, serta merampas wang tunai dan barang berharga.

Azeez mendakwa tidak semua jam tangan berjenama yang dirampas oleh pihak berkuasa adalah tulen.

Bernama kemudian melaporkan serbuan itu bertujuan membantu siasatan berhubung pelantikan kontraktor melibatkan projek-projek Tabung Haji.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana meminta atau menerima suapan serta Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Sebelum ini, ahli majlis tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mendakwa kerajaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan AMLATFA sebagai "ISA baru".

Azeez, abang dan sepupunya ditahan pada 25 Sept dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari berikutnya dengan berpakaian warna oren dan bergari.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. PBB sedang berubah. PBB akan jadi lebih people centric. Ia bukan lagi G5 centric. Kenyataan baju oren berintonasikan opresi. Ia layak di paparkan di depan perwakilan PBB di New York. Sementelahan hidup dalam Negara Baru, tinggalkanlah ciri2 jaguh kampung sebaliknya jadilah jaguh global. Dan PBB adalah platformnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang engkau merepek ni. Sampai masuk PBB.

      Padam
  2. Gari itu bukan petanda bersalah. Baju lokap itupun bukan petanda bersalah. Inilah yang harus diberi kefahaman bagi mengelak prejudis.

    BalasPadam
  3. Dah tu siapa yang suruh tak amanah ketika berjawatan tinggi? Kita dah diingatkan ole Nabi Muhammad saw, buat kerja mesti jujur dan amanah. Kalau kita tak jujur dan amanah senang je musuh kita nak perangkap kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la yg amanah presiden amanah ko mat sabu la ye? Termasuk menteri kewangan hongkog dan atok yg anak2nya billionare kan?

      Padam
  4. kita tengok sapa lg yg kena..harap yg tinggal dlm mp semua yg bersih2

    BalasPadam
  5. kita tengok sapa lg yg kena..harap yg tinggal dlm mp semua yg bersih2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apakah yang boleh diharapkan dari mp liberal dan mp kafir harbi selain dari skandal banglo terlajak diskaun, skandal kertas kerja, skandal tanah dll?? Sifu roket yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana kes rasuah dll pun boleh dilepaskan oleh Tomato!

      Pakatan No Hope mempunyai lidah biawak !!!

      Padam