Header Ads

ads header

Flash News

Saya tidak percaya kerajaan kata Syed Saddiq


GOMBAK
: Saya tidak percaya kerajaan. Itu tegas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam hujahnya mempertahankan pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dalam debat malam tadi.

Pada masa sama, kata Menteri Belia Dan Sukan itu, beliau percaya kepada kuasa rakyat.

Katanya, Akta Antiberita Tidak Benar satu contoh jelas bagaimana kerajaan menerusi institusinya menekan pihak yang didakwa menyebar berita tidak benar berkaitan kerajaan.

Sebaliknya, pihak yang ditekan tidak punya kekuatan untuk melakukan tindakan sama.
"Bagi 'whistleblower' (pengadu) yang tidak mempunyai institusi kerajaan, tiada dana dan tiada 'network' (rangkaian), bagaimana nasib mereka?

"Apabila kebenaran itu ditentukan oleh kerajaan, mereka inilah yang akan paling menekan.

"Dan jika anda kata, percayalah pada kerajaan, percayalah pada kerajaan, percayalah pada kerajaan, saya tidak!

"Sebab, saya percaya kejayaan sesuatu undang-undang adalah pada undang-undang itu sendiri, tanpa ditentukan oleh kerajaan atau sesiapa yang dipilih untuk memerintah," katanya.

Syed Saddiq berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam pertandingan debat bertajuk 'Pemansuhan Akta Anti Berita Tidak Benar Adalah Satu Kesilapan' yang disiarkan secara langsung di saluran 501 Astro AWANI malam tadi.

Selain Syed Saddiq, ia turut menampilkan Pendebat Terbaik Asia 2018 Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhri atau Syarif Fakhri, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain itu, dua lagi ialah pendebat muda, Hasya Atiyah Khairuddin, 16 tahun, dan Kishen Sivabalan, 18 tahun.

Debat dipengerusikan Editor Astro AWANI, Ibrahim Sani

Ini merupakan siri debat awam anjuran Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerjasama UIAM yang bertema 'Re:Action - Youth Engaged'. - Astro

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. anjuran Kementerian Belia Dan Sukan lepas itu tak percaya kerajaan ini apa cerita tak faham benar berbeli belit

    BalasPadam