Header Ads

ads header

Flash News

Sayap bukan Islam PAS restui kerjasama dengan Umno, tapi ada syarat


KUALA NERUS: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengingatkan pemimpin parti itu tidak terlalu ghairah bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup membela atau bersekongkol dengan pemimpin terbabit dalam rasuah dan salah laku lain dalam kerajaan terdahulu.

Perwakilan DHPP, Lau Chin Chua berkata, sayap bukan Islam dalam parti itu tidak menghalang PAS bekerjasama dengan Umno, MIC dan MCA, jika bekas parti pemerintah itu boleh menerima dasar perjuangan mereka.

“Kita sekarang sudah baik-baik dengan Umno, MIC dan MCA, kena ingat Umno rebah sebab apa…semua orang tahu pemimpin-pemimpin mereka tidak amanah dalam laksana tanggungjawab sebagai pemerintah, banyak terlibat rasuah.

“Kita walaupun boleh berbaik-baik dengan mereka, kita kena ingat jangan sesekali bela orang yang rasuah. Salah tetap salah, lawan tetap lawan.

“Yang bersalah mesti dihukum, jangan kita simpati dengan mereka, begitu juga dengan MCA dan MIC,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presidennya di Muktamar PAS ke-64 di depan hampir 2,000 perwakilan di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini.

Lau mengingatkan PAS tidak mengabaikan DHPP yang menjadi tulang belakang parti itu dalam usaha menarik sokongan bukan Melayu, walaupun pemimpin Umno, MIC dan MCA dilihat mesra dengan PAS.

Beliau berjanji DHPP yang mempunyai kekuatan tersendiri akan menarik seberapa ramai pengundi bukan Melayu yang kebanyakannya menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Kami hendak ucap terima kasih kepada presiden yang selalu sebut dan hargai kami DHPP. Kami berjanji akan menarik kembali sokongan bukan Melayu menyokong PAS.

“Kalau kena cara pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kita mesti pandai ambil ruang sebab politik negara kita tidak menentu. Dalam PH sudah nampak ura-ura pecah menunggu belah.

“Ia akan berpecah, percayalah dan PRU15 mungkin akan dibuat lebih awal,” katanya sambil menambah bukan Melayu, terutamanya kaum Cina mudah tertarik apabila pemimpin Melayu pandai berbahasa Cina.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Sebenarnya PAS dan UMNO sedang menghadapi musuh yang sama iaitu musuh yang bersikap anti-Islam, anti-umat Islam dan anti-Melayu maka wajarlah PAS dan UMNO berkerjasama menentang dan mengalahkan musuh bersama tetapi UMNO juga perlu berkorban dengan memecat segelintir pemimpin UMNO yang bersikap anti-Islam dan anti-umat Islam supaya mereka tidak boleh sabotaj kerjasama PAS-UMNO dari dalam.

    Kita bimbang segelintir pemimpin UMNO yang bersikap anti-Islam dan anti-umat Islam adalah proksi musuh bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Kita bimbang mungkin terdapat kemungkinan segelintir pemimpin UMNO yang bersikap anti-Islam dan anti-umat Islam adalah proksi musuh bersama.

      Padam