Header Ads

ads header

Flash News

Sekali lagi Mahathir ulang Mahkamah yang penjarakan Anwar, bukan saya


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak seharusnya dipersalahkan terhadap hukuman penjara yang dijatuhi ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana itu adalah keputusan mahkamah.

Perdana Menteri membuat penegasan itu dalam temubual bersama The Wall Street Journal di New York, ketika diajukan pertanyaan sama ada berasa kesal terhadap tindakan undang-undang yang diambil terhadap bakal Presiden PKR itu pada tahun 1990-an, yang membawa kepada sabitan dan hukuman penjara.

“Saya tidak pasti mengenai penyesalan, tetapi pada masa itu ia diputuskan di mahkamah. Perbicaraan berlangsung selama sembilan bulan. Pelbagai bukti ditunjukkan, kemudian mahkamah membuat keputusan.

“Itu bukan keputusan saya! Ada pihak yang mahu menyalahkan saya walaupun saya tidak masuk campur dalam urusan mahkamah,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan yang beliau boleh sahaja menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ketika itu masih berkuat kuasa dan membenarkan kerajaan menahan individu tanpa perbicaraan.

“Tetapi saya tidak melakukannya, beliau (Anwar) sebaliknya dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pengkritiknya mahu mempolitikkan hukuman penjara Anwar.

“Saya bukanlah pemimpin yang disenangi barat, kerana seorang yang kritikal terhadap sebarang kesalahan dilakukan di tempat lain (merujuk kepada kritikannya terhadap Israel).

“Maka apabila mereka mempunyai sebab untuk menyalahkan saya, mereka akan melakukannya,” katanya yang kini bekerjasama dengan Anwar dalam Pakatan Harapan (PH), yang mencatatkan kemenangan menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Dalam manifesto PH, Anwar yang sudah memenangi jawatan Presiden PKR tanpa bertanding, bakal menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, kira-kira dua tahun lagi.

Ketika diajukan soalan sama ada pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah perkara yang baik untuk Malaysia, Dr Mahathir berkata, itu adalah kemahuan rakyat.

“Rakyat mahukannya, apa yang saya suka tidak menjadi persoalan. Jika rakyat mahukannya, mereka akan menerimanya,” katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai tempoh peralihan kuasa bagi membolehkan Anwar mengambil alih.

“Ramai yang menyebut dua tahun tetapi saya sepatutnya menjadi Perdana Menteri sementara. Ia mungkin dua tahun, mungkin setahun, mungkin tiga tahun, saya pun tidak tahu.

“Saya tidak tahu apa lagi yang boleh dikatakan, tetapi saya percaya selepas dua tahun, beliau akan mengambil alih daripada saya,” katanya ketika diminta mengulas dengan lebih lanjut.

Dr Mahathir menegaskan beliau beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar.

“Beliau nampaknya seorang yang baik, datang bertemu saya dan kami banyak berbicara. Kami tidak menyentuh hal lampau kerana sudah bersetuju perkara itu sudah berlalu. Kami tidak boleh menoleh ke belakang, sebaliknya perlu memandang ke hadapan,” katanya.

MR : Pasal itu sekarang Anwar dan geng PH cuba salahkan PAS dan lebai kononnya 20 tahun PAS halang dia jadi PM. Celaka aku nak mampus kena bom asap dan belantal polis dia kata kita halang dia.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Sebab itu Nik Aziz kata dia sanggup berkawan dengan syaitan lagi. Faham dak maksudnya
    .. tak faham sudah.!!!


    BalasPadam
  2. "Beliau nampaknya seorang yang baik, datang bertemu saya dan kami banyak berbicara"

    Komen:

    Nampaknya?

    Muahahaha... nampaknya batton tidak akan bertukar tangan

    Cai nak buat apa?

    Nampaknya cai akan terus melopong.

    Kita nak buat apa?

    Ayuh ROTFL!

    BalasPadam
  3. Kepala Bapak Liberal Cap Bunga Vs Kepala Bapak Liberal Cap Mata

    Nua telah dipenjarakan oleh hakim berdasarkan bukti dan saksi dan orang yang paling happy ialah Madir and the gang.

    Kerakusan Nua amat menakutkan dan menjadi mimpi ngeri Madir. Maka seblum Madir digulingkan, Madir guling Nuar dulu ! Siapa cerdik? Hahahaha.

    Mas Be End berkuasa, Madir jadi boss. Bila Be End kalah, Madir jadi boss pakatan syiah-liberal-kafir harbi pula ! Siapa cerdik? Hahahaha.

    Nampaknya Nua akan menggigit jari lagi setelah diperdayakan oleh Madir untuk kali ke 2 . Ha ha ha ha ha !

    BalasPadam