Header Ads

ads header

Flash News

Sukar selesaikan siasatan kes 1MDB dalam setahun kata Dr Jomo


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berpendapat, siasatan kes 1MDB sukar diselesaikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, PDRM sudah pasti bakal berhadapan dengan pelbagai peringkat siasatan kerana kes itu melibatkan banyak proses transaksi dan beberapa negara.

Katanya, bukan mudah untuk polis menyiasat apa yang berlaku di tempat lain.

"Jadi kerana itu, saya kurang yakin (kes 1MDB) dapat diselesaikan dalam masa setahun.

"Saya harap polis akan siasat dengan teliti dan akan dapat bongkar segala maklumat, tetapi skandal ini begitu luas implikasi dan melibatkan ramai pihak,” katanya dipetik menerusi portal berita MalaysiaGazette hari ini, ketika ditemui media selepas merasmikan buku ‘Till Debt Do Us Part’ di Universiti Malaya, di sini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan kewangan kes 1MDB mendapati, RM2.973 bilion dikesan dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihaknya mempunyai masa sehingga Mei 2019 untuk melengkapkan siasatan.

Dalam pada itu, Jomo berkata, pasukan penyiasat 1MDB juga perlu mengambil kira keberadaan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low kerana dijangkakan lebih banyak bukti akan terdedah sepanjang siasatan dijalankan.

“Bagaimana kita nak selesaikan sebab banyak perkara sebenarnya. Kes 1MDB ini bukan sesuatu yang mudah dibongkar. Katakan ada perjanjian yang dibuat dengan Jho Low dan dia buka rahsia yang baharu selama ini kita tidak tahu.

“Mungkin ada rahsia baru yang belum kita fikirkan lagi. Jadi saya harap apa yang PDRM janjikan itu dapat diselesaikan tapi memandangkan apa yang kita tidak tahu lagi banyak, saya kurang yakin (siasatan kes boleh diselesaikan dalam masa singkat)," katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Selawak Report (SR) kata kertas pertuduhan telahpun di draf. Maknanya siasatan telah selesai. Tup tup CEP kata siasatan belum selesai. Apa ini? Apapun nampak sangat Selawak Report membohongi para pembaca Harapan BARU. Rupa2nya dalam ceghodik ada juga bodohnya. Wakakaka.

    BalasPadam