Header Ads

ads header

Flash News

Umno Kelantan bakal terkubur tanpa Tok Pa, kata Norzula


PETALING JAYA: Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa keluar dari Umno menyebabkan parti itu bakal terkubur, kata pemimpin Umno Kelantan.

Datuk Norzula Mat Diah berkata beliau tidak menolak jangkaan itu jika pucuk pimpinan khususnya di Kelantan masih membisu dan tidak bertindak drastik memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada parti Melayu itu.

“Semua orang tahu Tok Pa banyak berjasa kepada Umno, tapi lari dari perjuangan. Dengan pemergian Tok Pa, perjalanan Umno sudah bertambah sukar di Kelantan dan perjuangannya semakin malap.

“Umno mungkin terkubur kerana pemergian Tok Pa satu kehilangan besar, sebab Tok Pa seorang pemimpin veteran, Tok Pa merasakan Umno tidak mampu lagi dipulihkan selepas 4 bulan parti itu tewas dalam pilihan raya umum (PRU) kerana tidak ada sebarang aktiviti yang meyakinkan oleh pemimpin pusat,” katanya.

Norzula menambah, walaupun perjalanan Umno Kelantan seakan malap, beliau masih menaruh keyakinan kepada pemimpin sedia ada termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, 2 pemimpin ini perlu melakukan tindakan drastik dan mencari fomula memulihkan kembali Umno sebelum ia karam.

“Anwar seorang pemimpin yang kuat bekerja dan saya merasakan beliau adalah salah seorang yang boleh memimpin dan memulihkan Umno Kelantan. Annuar juga pemimpin yang lantang mengkritik Pakatan Harapan untuk membangkitkan kembali kekuatan Umno. Di Parlimen, beliau antara pemimpin yang berada di barisan depan.

“Beliau perlu kukuhkan Umno di Kelantan bersama Datuk Jazlan, kalau mereka tidak ada, Umno Kelantan akan lagi rabak,” katanya sambil mengharapkan pemimpin veteran Umno yang lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah kembali aktif turun padang bertemu akar umbi bagi mengembalikan kebangkitan Umno.

Norzula yakin, tidak akan ada lagi pemimpin Umno Kelantan akan mengikuti jejak Tok Pa meningalkan perjuangan parti.

Semalam Tok Pa yang juga ahli parlimen Jeli mengumumkan meninggalkan selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti bangsa itu.

Ia merupakan kali pertama seorang pemimpin tertinggi dan terkanan Umno keluar parti itu pada pasca PRU14.

Letak jawatan sebagai wakil rakyat

Sementara itu, Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata sayap itu kecewa dengan keputusan mengejut Tok Pa dan mendesak bekas menteri itu melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen Jeli dan Adun Ayer Lanas.

“Pamuda Umno Kelantan amat kesal dengan perkembangan ini, yang tidak seharusnya berlaku ke atas pemimpin yang imejnya dilihat sangat berintegriti tinggi,” katanya.

Hariri menambah, walaupun Umno kehilangan Tok Pa, ia tidak menjejaskan parti untuk kembali bangkit.

“Semangat kami untuk terus memulihkan kepercayaan rakyat kepada Umno dari dalam institusi sedikitpun tidak terjejas, kerana bagi kami, tindakan meninggalkan parti di saat sebegini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab serta menonjolkan kelemahan jati diri sebagai seorang pemimpin.”

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Beginilah iktikad orang UMNO. Percaya kepada Makhluk dan tidak yakin kepada kuasa Allah. Padahal siapa Tok Pa hanyalah manusia yang tidak ada apa-apa keistimewaan pun. Taksub mereka kepada pemimpin mereka. Mereka sentiasa menuduh kita taksub kpd TGHH padahal merekalah yang taksub pemimpin.
    Kita tak pernah pun menagungkan TGHH sebegitu rupa.

    UMNO perlu membuat proses pembersihan. Swsiapa yang tidak rela bersama Islam silakan keluar dan berambus ! Pintu luas terbuka.
    Allah tak perlukan kamu. PAS tak perlukan kamu. UMNO tak perlukan kamu.

    Sebaliknya kitalah yang memerlukan Allah, Kita perlukan PAS dan orang Melayu perlukan UMNO.

    Ingatlah kalah menang adalah ujian bagi orang-orang mukmin.

    Nabi Nuh berjuang 1000 tahun siang dan malam. Hanya 83 pengikut sahaja. Kalah ke menang ? Bagi Allah Nuh adalah orang yang berjaya.

    Ultimately, apakah niat kita berpolitik ? Adakah untuk memuaskan nafsu Tun M dan DAP dan nafsu sendiri atau adakah mahu dapat keredhaan Allah.

    Sesiapa yang meninggalkan agama dan perjuangan agama tidak akan memberi apa-apa mudharat kepada Allah dan Rasulnya serta pengikutnya. Yang mendapat mudharat adalah diri sendiri.

    Ingatlah bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan. Allah beri kita hidup buat selama-lamanya.... yang berubah hanyalah alam yang kita diami kerana selepas mati ada kehidupan yang kekal abadi dan kehidupan itulah yang kita perlu usahakan jikalau kita orang yang mengetahui.

    BalasPadam
  2. kesal kerana parti telah 'berubah haluan' dan empunya diri telah hilang kerusi empuk Putrajaya tidak ada makna sedikitpun kalau sebelum ini royalti petrol buat negeri dibiarkan dimanipulasi oleh parti yang kini telah berubah haluan itu.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Yess.
      UMNO perlu lebih kepada Islam sekarang untuk survive.

      Padam