Header Ads

ads header

Flash News

Uniform: Jabatan Amal dapat iklan percuma


ALHAMDULILLAH Jabatan Amal mendapat iklan percuma, apabila isu uniform di Muktamar PAS ke-64. Hendak harap isu lain sudah tidak ada. Baling kerusi, meja, mikrofon, bergaduh tidak berlaku. Tidak ada pula perwakilan yang ditangkap kerana minta rasuah oleh SPRM.

Maka isu uniform yang menjadi tumpuan. Nampaknya orang awam yang selama ini tidak mempeduli Jabatan Amal sudah memberi tumpuan. Mereka hendak tahu apa itu Jabatan Amal. Cybertrooper upahan mereka terkedu apabila ditunjuk uniform pasukan St John. Terus menghilang diri dan tidak dapat dikesan oleh radar.

Insya Allah anak muda yang benci dengan trend politik dendam dan fitnah akan menyertai Jabatan Amal. Mereka akan menjawab dengan amalan untuk sama-sama menyertai Jabatan Amal biar mereka yang benci dan dendam tidak senang.

Berita uniform Jabatan Amal seolah-olah sempadan negara diceroboh, senjata hilang dan kem tentera diserang. Carilah modal lain, kalau benci sangat dengan PAS. Tak padan lawan Jabatan Amal, buat malu dekat orang sahaja.

Jabatan Amal ini, mereka yang memang beramal. Tidak ada dalam pemikiran mereka hendak berebut calon, hendak menjadi menteri, exco, YDP kawasan atau ketua cawangan

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
17 September 2018

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Ini kes serius ni !
    Aduhai Md. Sabu. Takde isu lain ke ? Baru sekarang perasan ke ?

    BalasPadam