Header Ads

ads header

Flash News

Akar umbi sokong Zahid cuti


Saranan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bercuti daripada melaksanakan tugas sementara siasatan dijalankan terhadapnya mendapat sokongan beberapa pihak termasuk UMNO Bahagian Kluang.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berkata, cadangan daripada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu mengangkat suara akar umbi.

Asyraf, semalam, berkata, cadangan itu dibuat supaya Ahmad Zahid dapat memberi tumpuan kepada 45 pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.

“Apa yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO itu adalah suara rakyat biasa di akar umbi. Bagi saya itu lah yang sebaiknya.

“Sejak dipilih sebagai presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak jelas hala tujunya. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga semakin berkurangan. Tambah pula berdepan dengan 45 pertuduhan di mahkamah,” katanya di laman Twitter.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hassan berkata, Ahmad Zahid mungkin perlu mengambil cuti daripada menjalankan tugas-tugas parti selepas didakwa di mahkamah.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, UMNO mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pada tahun 2009 yang memerlukan pemimpin tinggi bercuti jika berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung parti, Tan Sri Annuar Musa berkata, SOP tersebut hanya boleh digunakan sekiranya UMNO adalah sebahagian daripada parti yang memerintah.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan