Header Ads

ads header

Flash News

Akhirnya Laporan RMK11 Dedah Hutang Bukan RM1 Trilion



Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus menjadikan angka hutang negara yang kononnya sebanyak RM1 trilion sebagai propaganda politik fitnah mereka walhal ia terbukti salah!

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diayah jahat tersebut yang direka cipta sendiri oleh kerajaan PH amat penting untuk mereka dalam capai pelbagai objektif demi kepentingan politik sempit blok itu.

Walhal kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk 2016 sehingga 2020 dibentang Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen kelmarin membuktikan bahawa hutang negara sebenarnya cuma RM686.8 bilion.


Malah dokumen rasmi kerajaan PH di muka surat 60 itu mengesahkan hutang negara sebetulnya bukan RM1 trilion tetapi hanya RM686.8 bilion atau 50.8 peratus berbanding hasil dijana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Oleh itu, kerajaan PH akan terus guna ayat ‘trilion’ kerana ia amat mudah difahami oleh orang ramai meskipun pelbagai agensi kerajaan dan agensi penarafan antarabangsa tidak menyatakan hutang negara sebagai RM1 trilion.

Ia bahkan disahkan sendiri pihak Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri dan Bank Negara Malaysia serta badan asing seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa.





Justeru ujar Najib yang juga mantan Menteri Kewangan, pentadbiran PH djangka terus guna ayat hutang negara diwarisi daripada Barisan Nasional (BN) konon cecah RM1 trilion antaranya sebagai alasan terbaik untuk:

1. Memburukkan imej kerajaan BN sebelum ini.
2. Menjual segala aset-aset strategik milik negara.
3. Tidak memenuhi janji manifesto pilihan raya umum.
4. Mengurang atau hapus program pemberian dan kebajikan untuk rakyat.
5. Membatalkan projek kepada kawasan parlimen yang bukan di bawah PH.
6. Membuka tender semula projek dan beri peluang kepada pihak tertentu.
7. Menaikkan cukai sedia ada atau perkenal cukai baru dan minta rakyat berkorban.
8. Menuding jari kepada BN apabila keadaan ekonomi di bawah mereka merosot.

“Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia bukan ada di tahap yang luar biasa tinggi manakala laporan rasmi RMK11 dari EPU merumuskan Malaysia masih diberi penarafan baik.

“Malah diberikan prospek stabil oleh agensi penarafan utama antarabangsa berdasarkan asas ekonomi negara yang masih lagi kukuh,” kata Najib menerusi satu hantaran dalam laman Facebooknya pada Sabtu. – Mynewshub.TV

MR : Mahathir ni kaki pembelit, akhirnya terbeliti diri sendiri... Tapi itu orang tak hairan, yang bodohnya pendokong PH kena belit atau kencing diam membisu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: