Header Ads

ads header

Flash News

Akhirnya Mustapa Mohamed masuk BERSATU


Bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed sah menyertai BERSATU.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di ibu pejabat BERSATU sebentar tadi.

Sidang media dihadiri barisan kepimpinan tertinggi parti itu termasuk pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustapa berkata keputusan itu setelah meneliti perkembangan politik semasa sepanjang beberapa minggu menjadi anggota parlimen bebas.

"Saya percaya ini akan memberi peluang kepada saya untuk memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli...,

"Saya menyokong segala usaha Mahathir untuk memberi penekanan terhadap integriti dan ketelusan ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik dalam parti dan negara.

"Saya juga menyokong langkah oleh beliau dan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan. Usaha ini amat penting meletakkan asas yang kukuh dalam memastikan ekonomi negara membangun secara lestari dan mampan," katanya yang juga anggota parlimen Jeli.

Terdahulu dalam sidang media itu, beliau menyerahkan borang keanggotaan BERSATU kepada Mahathir dan kemudian diserahkan replika kad keanggotaan yang tertera namanya.

Pada 18 September lalu, beliau mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dalam parti itu, antaranya kerana percaya hala tuju parti itu tidak lagi selari dengan prinsip politiknya dan "tidak banyak usaha dibuat untuk melakukan proses rejuvenasi" secara dalaman.



Mahathir: Mustapa layak masuk BERSATU

Mengalu-alukan penyertaan Mustapa, Mahathir berkata bekas menteri itu layak untuk menyertai partinya.

"Kita beri masa untuknya menjadi anggota parlimen bebas.

"Setelah kita melihat pendiriannya (dalam isu-isu), kita setuju bahawa dia layak menjadi anggota BERSATU," kata perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada lebih ramai bekas anggota parlimen UMNO, atau yang masih bersama parti itu, akan menyusuli langkah Mustapa, Mahathir hanya berkata beliau mengalu-alukannya.

"Kita terbuka tetapi mereka perlu jadi bebas dahulu," katanya.

Selain Mustapa, antara anggota parlimen yang telah keluar Umno selepas PRU ke-14 adalah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Rosman Isli (Labuan), Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai).

Sementara Rozman telah menyertai Parti Warisan Sabah, lagi empat belum menyertai mana-mana parti.

Selepas 9 Mei, anggota parlimen Umno berkurang daripada 54 kepada 48 orang.


MR : Masuk bersatu selamat daripada SPRM, lihat Lim Guan Eng sebagai contoh....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. species ular kembali ke sarang

    BalasPadam
  2. Atuk Kerala berlagak seperti 'Pope' konon dia boleh mengampuni semua dosa manusia termasuklah pemimpin-pemimpin korup @ rasuah dll jika mereka menyertai kumpulan Atuk Kerala.

    Maka tidak hairanlah sifu banglo terlajak diskaun pun boleh terlepas dari dakwaan rasuah di mahkamah. Maka tidak hairanlah pemimpin-pemimpin parti keris telanjang yang konon bersih tetapi terpalit dengan pelbagai skandal menyertai Atuk Kerala kerana perut lebih penting dari perjuangan.

    Malangnya Atuk Kerala sendiri berdosa besar kerana pelbagai skandal dan bailout, tahanan tanpa bicara dan pembunuhan ulama dan orang kampung dll yang amat merugikan rakyat dan negara berlaku di zaman pemerintah Atuk Kerala dahulu.

    Adakah Atuk Kerala telah memulangkan semua wang tersebut kepada rakyat dan negara dan mohon maaf kepada mangsa dan keluarga mereka?


    BalasPadam
  3. Jaga periuk nasi lebih penting daripada takut kepada hukum allah, dunia nikmat akhirat destinasi terakhir. Tak selamanya menongkat langit...

    BalasPadam