Header Ads

ads header

Flash News

Akta dicadang Najib, ditolak Umno sebelum ini kini dibawa sebagai idea baru oleh PH


Pada 2012, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan satu akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional.
Satu badan bebas Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) telah ditubuhkan Najib sendiri pada 2013 bagi merealisasikan akta yang bertujuan membendung kebencian sesama kaum dan agama itu.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat tentangan oleh ramai anggota Umno sehingga Najib akhirnya dilihat membuat pusingan-U dengan mengekalkan Akta Hasutan. 

Laporan MKPN yang telah disampaikan kepada Najib pada 2015 sepi tanpa perkembangan.
Malah, menurut pensyarah kanan program sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Muhamad Nadzri Mohamed Noor, laporan tersebut telah diisytihar sebagai rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Bagaimanapun, pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu telah membuka ruang untuk akta itu kembali direalisasikan.

“Selepas pertukaran kerajaan, ada desakan untuk (laporan) itu dibuka semula, dan telah dibuka semula pada bulan ini. Kita boleh baca laporan itu, telah dibuka kepada umum.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy minta pengkaji melihat maklum balas orang ramai terhadap laporan tersebut.

“Kemungkinan besar ia akan diteruskan, kemungkinan besar ia akan menjadi undang-undang dalam masa satu-dua tahun ini,” katanya yang merupakan jurulapor untuk MKPN terdahulu.

Beliau berkata demikian selepas kuliah umum Hubungan Etnik di Malaysia: Dahulu, Sekarang dan Masa Depan di Hub Teach For The Need (TFTN) di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Tambah beliau lagi, akta tersebut penting bagi menjaga fabrik sosial di Malaysia yang dinamik dan pelbagai kaum.

“Dengan akta ini, sesiapa yang membuat ucapan jahat terhadap mana-mana kaum dan agama, boleh dianggap telah melakukan jenayah,” katanya lagi.

Nadzri sekali lagi dilantik sebagai jurulapor baru-baru ini, kali ini dalam penyediaan cetak biru (blueprint) Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan Kaum (PPKPM) di bawah kerajaaan Pakatan Harapan.

Kenyataan Nadzri itu senada dengan kenyataan Menteri di JPM Datuk Dr Mujahid Yusof bahawa Rang Undang-Undang Akta Suruhanjaya Harmoni dan Perdamaian dijangka dibentangkan pada tahun depan.

Mujahid yang sebelum ini pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Polisi, MKPN berkata isu keharmonian perlu diberi perhatian khusus dan tidak menumpang dalam akta lain.

“Draf bagi idea ini sudah pun siap sejak dulu iaitu semasa saya bertindak sebagai pengerusi dalam MKPN dulu.

“Bagaimanapun, akta ini masih di peringkat awalan, saya andaikan ia akan dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia.

MR : PH mana ada idea, kencing rakyat aje dia orang pandai....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Blog semakin berpengaruh, spam pun mula masuk. Spam adalah satu petunjuk tidak resmi keupayaan sengatan sesuatu blog terhadap sesuatu pihak. Aha, pihak mana yang terkena 'sengatan' itu lalu menghantar wakil untuk buat spamming? TST.

    BalasPadam