Header Ads

ads header

Flash News

Anwar lakukan 6 dari 10 kesalahan di Port Dickson lapor BERSIH


Bakal Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan enam daripada 10 kesalahan pilihan raya yang direkodkan semasa pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober lalu, kata badan pemantau pilihan raya, BERSIH.

BERSIH berkata, empat lagi kesalahan dilakukan oleh calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar.

"Pilihan raya kecil itu dicemari oleh pelbagai kesalahan pilihan raya dan salah laku dalam tempoh berkempen.

"Sepuluh isu telah direkodkan dan semua dilakukan oleh Pakatan Harapan dan PAS," kata Pengarah Eksekutif BERSIH, Yap Swee Seng pada sidang akhbar di Petaling Jaya.

Yap berkata, kemunculan Anwar pada majlis bersama anggota tentera di Port Dickson merupakan antara contoh kesalahan piihan raya dilakukan ketua umum PKR itu. Bagaimanapun katanya, majlis itu tidak dihadiri calon-calon lain.

Menurutnya kehadiran Anwar pada majlis pengagihan bantuan zakat di Masjid Jamek Permatang Pasir bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun juga menimbulkan persoalan mengenai salah guna jentera kerajaan.

Selain itu, katanya, tuisyen dalam talian yang dilancarkan oleh Anwar juga dikaitkan dengan program tuisyen yang dilaksanakan kerajaan negeri Perak.

Anwar juga turut berkempen di sebuah konsert percuma dan dua majlis makan malam, katanya.

Sementara itu, Yap berkata PAS memberi hadiah percuma dalam bentuk cabutan bertuah semasa kempen mereka, selain jentera PAS juga ditemui mengedarkan kuih bulan semasa tempoh berkempen.

Selain itu program pemeriksaan kesihatan percuma untuk pengundi juga direkodkan berlaku di Port Dickson.

BERSIH bagaimanapun memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana melakukan penambahbaikan tertentu pada PRK Port Dickson.

"Secara keseluruhannya, pilihan raya kecil itu dijalankan dengan lancar dengan beberapa penambahbaikan oleh SPR," kata Yap.

Beliau berkata apabila calon bebas Kan Chee Yuen merancang mengedarkan pen percuma kepada pengundi, SPR bertindak pantas dengan mengingatkan beliau bahawa ia merupakan kesalahan pilihan raya.

Yap berkata SPR juga mengingatkan menteri kabinet supaya berkempen di luar waktu pejabat dan memastikan tiada aset kerajaan disalahgunakan.

Beliau juga berkata pengerusi SPR Azhar Harun mengarahkan pegawai pilihan raya mengambil tindakan terhadap penyokong yang berkempen di luar pusat mengundi di SK Teluk Kemang pada hari pengundian.

MR : Apakah laporan BERSIH sekadar laporan dan kemudian dibuang dalam sampai oleh PH?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan