Header Ads

ads header

Flash News

Anwar makin tersempit, minta bantuan Daim musuh ketat lamanya


Ramai pemerhati politik berpendapat, walaupun Anwar ditentang oleh calon 'bukan top' tetapi kedudukan Anwar agak tak mennetu. Anwar makin tertekan dalam banyak isu. Dia seolah-olah dalam ceramahnya menjawab isu-isu yang dikemukan oleh lawannya. Tak ada apa yang baharu dijanjikan dalam PRK ini hanya sekadar menyebut dia dah lama menununggu 20 tahun dan bukannya gopoh.

Pemerhati juga berpendapat dengan turunnya Daim dalam PRK kali ini menunjukkan kedudukan Anwar mungkin tidak selesa. Dia mungkin menang tapi majoriti sangat tipis dengan mod pengundi yang mungkin tidak keluar mengundi serta bantahan dalaman daripada BERSATU dan Geng Azmin.

Anda boleh baca berita Malaysiakini untuk memahami isu ini.

....

RANGKUMAN PRK PD: Daim tak duduk diam

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin turun padang bersama penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Kemang hari ini.

Daim yang juga bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hadir majlis minum petang bersama nelayan tempatan berkata pengundi Port Dickson patut menyokong Anwar kerana beliau mampu menyelesaikan masalah nelayan.

Pada majlis yang sama, Anwar menyatakan rasa teruja kerana dapat bergandingan semula dengan Dr Mahathir Mohamad di atas satu pentas pada pilihan raya kecil kali ini.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya pula menolak dakwaan bahawa jentera parti itu menunggu kehadiran pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggerakkan kempen membantu Anwar, sebaliknya beliau berkata jentera BERSATU telah diaktifkan sejak 29 September lalu.

Sementara itu calon bebas PRK PD, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini turun berkempen dengan mengutip sampah di pantai Teluk Kemang.

Saiful juga menyumbangkan plastik sampah mesra alam kepada pengunjung di pantai peranginan ini sebagai pemulaan kepada inisiatifnya untuk mengindahkan pesisir pantai itu sekiranya dipilih kelak.

Polis pengiring jaga keselamatan TPM


Menjawab teguran pemimpin HARAPAN menggunakan jentera kerajaan, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada PRK PD.

Beliau berkata polis yang mengiringi beliau sepanjang perjalanan ketika berkempen untuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukanlah diminta sebaliknya ia tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kesibukan berkempen di Port Dickson, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, hari ini berkongsi khabar gembira apabila menerima anggota baru dalam keluarganya.

Beliau dan isteri, Naziroh Yusof, dimaklumkan anak kedua mereka selamat melahirkan cucu ke-10 mereka, seorang bayi perempuan, seberat 3.1 kilogram.


MR : kekuasaan Allah siapa tak boleh duga. Mungkin akan menjadi pengajaran buat mereka yang akan datang....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Lawak terkini:

    Ini adalah MP dalam pembikinan yang menjurus kepada PM dalam penantian atau sebenarnya bardot dalam pembikinan dan puppet dalam penantian.

    Apa jua sangkaan dan tafsiran anda pada foto itu adalah bergantung pada kedalaman pemikiran anda dan di sisi mana anda berada dalam gelanggang "game of thrones"

    BalasPadam
  2. Cukup-cukuplah pakatan syiah-liberal- kafir harbi menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Cukup-cukuplah badut dan pelawak pakatan menghina Islam dengan menafikan hak pihak berkuasa Syariah Islam untuk menghapuskan kemungkaran dan kesesatan.

    Cukup-cukuplah pelawak dan badut pakatan menyesatkan umat Islam dengan pelbagai ajaran liberal sesat.

    Cukup-cukuplah agenda peribadi untuk menjadi pemimpin negara dengan meminta MP meletakkan jawatan dan mengadakan PRK untuk mencapai kehendak peribadi. Bukankah ini satu bentuk nepotisme?

    Marilah semua umat Islam menyokong dan mengundi calon parti Islam pimpinan ulama Islam untuk menegakkan Islam dan membela hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak syiah, puak liberal dan puak kafir harbi biaDAP.

    BalasPadam
  3. Siapa sebenarnya menjadi saingan kepada Anwar, DAP ke?. Mungkin juga.. DAP meletakkan dua calon bertanding sebagai bebas.... Katalah seorang di arahkan menarik diri pada saat akhir ini akan memungkinkan yang seorang lagi menang jika majoriti pengundi Cina dan India mengundi nya.... PD mempunyai 56% pengundi bukan Melayu.

    BalasPadam
  4. macam tak confident. Nuar dulu tak sama Nuar skrg. Dulu betul punya reformasi skrg dah tak ada benda yg nak direformasikan

    BalasPadam