Header Ads

ads header

Flash News

Barua-Barua DAP


Perit dan pedih. Seguni sumpah maki masih belum berbaloi untuk dihambur kepada Syed Saddiq. Ucapannya dalam Forum Ekonomi Belia 2018 sial dan majal. Katanya, zaman ketuanan Melayu telah berakhir. Inikah agenda yang hendak dibawa oleh budak Melayu baru?  Semua pakat jadi barua DAP.

Kalau bukan ketuanan Melayu, ketuanan siapa yang Syed Saddiq hendak perjuangkan? Ketuanan DAP? Barang semurah capal pun ada tuannya, inikan pula sebuah tanah air.  Syed Saddiq bangga sangat kalau  Malaysia baru jadi seperti Singapura? Maju tetapi pribumi merempat di tanah leluhur sendiri? Usah kata  nak mengangkat agenda Islam, nak angkat muka sendiri pun Melayu diludah. Ayam di kepuk mati kelaparan. Itik di air mati kehausan. Hidup umpama menumpang di tanah sendiri?

Aku tak kisah andai ketuanan Melayu hendak digantikan dengan ketuanan Islam. Dan ketuanan Islamlah yang mesti diperjuangkan bagi jiwa yang ada walau sekelumit iman. Apakah tiada terminologi ketuanan Islam di bawah tengkorak Syed Saddiq.

LGBT nak diberi hak. Pesta arak diberi hak. Tukar agama nak diberi hak. Masuk bab hak syariah, macam-macam kebebalan keluar dari mulut. Inilah liberalisme yang perlu difahami ummah. Islam hanya pada nama; bukan pada agenda.

Liberalisme cuba melumpuhkan Islam secara halus. Di zaman PH, Islam diinjak secara nyata. Apabila ketuanan Melayu dinafikan maka hak-hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam perlembagaan cuba dirungkai. Hak orang Melayu untuk mendaulatkan Islam disekat. Islam hanya menjadi agama rasmi Persekutuan tanpa roh. Sebaliknya ‘orang lain’ pula berhak membawa masuk agenda Kristianisasi ke dalam masyarakat Melayu. Inilah yang aku maksudkan sebagai sial dan majal.

Andai Syed Saddiq atau sesiapa sahaja pemimpin PH tidak berani berbicara tentang 4 asas toleransi dengan ‘Jus Soli’, maka jangan pula berani mengusik hak Melayu. Empat asas yang menjadi timbal balas  ialah  mengenai kedudukan istemewa orang Melayu (Perkara 153), kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181), agama Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 3) dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152).

Lembu dipegang pada tali. Manusia dipegang pada janji. Jangan jadi lebih lembu daripada lembu. Lembu pun tak akan lari kalau tali sudah dipegang. Nampaknya kaum yang asalnya imigran ini sengaja melupakan asas toleransi tersebut. Yang tololnya, ada pula anak butir tahi yang menjadi pembelot kepada bangsanya  sendiri.

Percayalah, tentangan DAP kepada RUU355 adalah natijah kepada Malaysian Malaysia DAP. Bagi DAP, tiada istilah ketuanan Melayu. Dan kini barua-barua DAP diangkat dalam kalangan Melayu oleh Melayu sendiri. Sial dan majal.

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukPAS

BayangDiAir



MR : Mereka sudahlah tolah Islam, Melayu pun mereka nak buang habis nak bergantung dengan apa. Cina walaupun datang di sini budaya, bangsa mereka pertahan dengan apa jua....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Well said bayang di air. Minda Melayu yang punah dan parah. Tiada langsung rasa cinta pada ugama dan bangsa. Cuma Islam pada nama, ruh Islam hilang entah ke mana. Cukup sekadar nikah kahwin, kematian itu sahaja. Yang lain2 humbankan ke longkang. Ya ALLAH kau gantikanlah kerajaan harbi ini dengan kerajaan Islam yang sejati. Amin

    BalasPadam
  2. Syed kan arab , bukan melayu, madey dkk depa lih cakap sub bkn melayu.

    BalasPadam
  3. Sangat sayang ilmu yang Allah bagi beliau tidak digunakan untuk membela agama dan agama.

    BalasPadam