Header Ads

ads header

Flash News

Ceramah mega PH dipenuhi orang luar PD kata Isa Samad


PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd Isa Samad, percaya sebahagian besar hadirin Ceramah Mega Anwar-Mahathir anjuran Pakatan Harapan (PH) di sini kelmarin, datang dari luar.

Bekas Menteri Besar itu mengakui tidak terjejas dengan mesej cuba disampaikan kem PH melalui penganjuran ceramah mega berkenaan, iaitu seolah-olah calon mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendapat sokongan ramai pengundi di Port Dickson.

“Bagi saya (ceramah mega itu) tiada apa-apa. Apa yang perlu dilihat ialah berapa ramai orang Port Dickson yang datang. Itu penting kerana mereka pengundi sebenar.

“Saya tidak tahu berapa ramai orang tempatan yang pergi ke ceramah itu. Kepada orang luar, saya ucapkan selamat datang kerana mereka membantu ekonomi orang Port Dickson.

“Bagaimanapun, saya rasa lebih daripada separuh orang yang datang pada malam itu sebenarnya orang luar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama bekas ketua kampung serta ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dari sekitar daerah ini di sini, hari ini.

Ceramah Mega Mahathir-Anwar di PD Waterfront di sini, malam kelmarin, yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk berkempen bagi pihak Anwar dikatakan dihadiri lebih 6,000 orang.

Sementara itu, Isa turut menafikan dakwaan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, kononnya beliau adalah calon UMNO yang menyamar dalam PRK ini.

“Dakwaan beliau tidak betul. Saya ulang banyak kali bahawa saya keluar UMNO dan bertanding semata-mata kerana Barisan Nasional (BN) dan UMNO memboikot PRK ini. Saya tidak setuju dengan keputusan itu,” katanya.

Sebelum ini, Zainuddin menerusi akaun Twitter rasminya, menyifatkan Isa sebagai orang yang setia kepada UMNO dan parti itu bimbang imejnya terjejas jika kalah dalam PRK ini.

Justeru, beliau mendakwa strategi yang digunakan dengan meletakkan Isa sebagai calon Bebas adalah bijak.

Dalam perkembangan lain, Isa berkata, kadar 63 peratus pengundi awal yang mengundi semalam agak rendah dan berharap peratusan itu meningkat pada hari pengundian, Sabtu ini.

Mengenai kempen sesetengah calon yang semakin agresif ketika ini, Isa menegaskan tidak perlu berbuat demikian selagi tidak menjadi sasaran serangan peribadi.

“Saya kekal dengan cara sederhana dan mesra sebagai calon tempatan,” katanya.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. ini semua belajar dari unmo skrg anuar dah mula hilang keyakinan walhal dia tak perlu sokongan dri pm atau lain lain pemimpin dap kalau sikap dia yang lalu dia memang berjuang untok rakyat sekarang ?

    BalasPadam