Header Ads

ads header

Flash News

Dapatkah Anwar jadi PM?


TIDAK mudah juga untuk Anwar sampai ke kerusi Perdana Menteri (PM). Kalaupun bukan Mahathir yang menyekatnya, mungkin orang-orang Mahathir yang menghalangnya. Dalam keadaan PKR pecah dua dan DAP yang mula selesa dengan Mahathir menjadikan laluan Anwar tidak semudah yang dirancang oleh Rafizi dan Abdullah Sani.

Politik Malaysia sedang memerhatikan perkembangan hubungan group Anwar dan group Mahathir. Manakala DAP pula mungkin merasa lebih mesra dengan Mahathir kerana pada mereka lebih mudah mengawal Mahathir berbanding mengawal Anwar. Lagipun kerusi Bersatu lebih sedikit dari kerusi DAP berbanding kerusi PKR. Pertukaran Pengerusi SPR saat-saat suasana PRK Port Dickson (PD) sedang panas, semacam ada sebuah percaturan dari belakang untuk menghalang Anwar. Apa pun Anwar setakat ini belum buat apa-apa statement yang bersifat kontra dengan Mahathir. Tetapi orang-orang kuat Anwar seperti Rafizi dan Abdullah Sani makin pedas kritikan mereka kepada Mahathir. Sehingga Bersatu PD beri amaran kepada mereka berdua agar tidak turun berkempen untuk Anwar di PD.

Walaupun Mahathir dan Anwar masing-masing belum serang menyerang, namun pemerhati politik sudah dapat mengesan perang dingin sedang berlaku. Masing-masing sudah ada sniper yang akan mula memetik picu. Hanya tunggu keputusan PRK PD. kerana di sini akan bermula sebuah landskap baru politik Malaysia. Mungkin luka yang melukai Anwar tidak besar, hanya luka yang kecil, tapi saya percaya ia sebuah luka yang dalam dan memedihkan. Kalaupun nanahnya sudah kering tapi keluping dan parutnya masih jelas kelihatan. Kehadiran Saiful yang pernah ada isu yang panjang dengan Anwar dalam gelanggang PRK PD bukan suatu yang kebetulan. Teori kebetulan jarang berlaku dalam dunia politik.

Bersambung.....
Tunggu dan lihat....

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
1 Oktober 2018



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Mahatalut mungkin terlajak cakap di forum UN yakni rela dalam tak rela kerusi besar Putrajaya kenalah dilepaskan mengikut perjanjian.

    Namun ini bukannya kerusi kenduri kendara yang boleh diserahkan kepada jemputan yang lain tanpa ada apa-apa syarat.

    Kerusi besar Putrajaya meletakkan kelayakan dan syarat tertentu. Tak cukup syarat/layak tak boleh diduduki.

    Tupai lompat sebijak Mahakalut tak mudah jatuh ke tanah. Tangan sendiri tak akan jadi penghalang atau penyekat.

    Sebaliknya tangan-tangan ghaib yang akan memainkan peranan sebagai penghalang dan penyekat.

    Mahatalut akan senang lepas tangan sementara Mahatalut Jr dalam penungguan hanya ada tangan ghaib untuk ditudingi.

    BalasPadam
  2. Ada pendapat, Tun Dr. Mahathir akan hargai dan jaga sesiapa yang bekerja dan setia. Tapi bagi DSAI, kesetiaan tidak penting apabila beliau dapat apa yang dikehendaki. Tengok kenyataan beliau tentang PAS selepas PH menang.

    BalasPadam
  3. Tentu sekali calon PAS yang bertanding di PD mendapat pujian dari MP2 PH terutamanya yang pro Mahathir. Kerana cuba mengalahkan Anwar.

    Sian mangsa2 Mamali.

    BalasPadam
  4. Kalau mengikut perjanjian 2 tahun mcm2 boleh berlaku. Di 1 pihak 2 tahun ibarat 2 ribu tahun. Di 1 pihak lagi kena cepat2 bertindak dlm tempoh 2 tahun.

    Benar, sejarah tak pernah menipu. Tapi hanya manusia saje yg lupa atau buat2 lupa. 2 kali dipatuk. Bukan dalan tempoh 2 tahun pun.

    BalasPadam
  5. KEJAHATAN LGBT MEMACU KEMURKAAN ALLAH DI PALU SULAWESI

    https://www.youtube.com/watch?v=8bDRDFKc7XU

    BalasPadam