Header Ads

ads header

Flash News

Datuk Mohd Razlan dakwa DAP iktiraf sistem parlimen tanpa raja-raja




Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Mohd Rafii mendakwa teguran DAP kepada pemimpinnya yang menerima darjah kebesaran sebagai bukti parti itu tidak mengiktiraf sistem raja berpembagaan.

Malah Razlan berkata perlembagaan DAP sendiri tidak langsung menyatakan sokongan terhadap sistem raja berpelembagaan.

"Jelas DAP adalah sebuah parti yang mengiktiraf sistem pentadbiran berpalimen tanpa raja-raja.

"Itu sebab sekian lama pemimpin DAP dilarang memegang gelaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka," dakwa Razlan dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Penolong Bendahari Kebangsaan DAP Datuk Ngeh Koo Ham hari ini berkata semua wakil rakyat DAP dikehendaki merujuk sebarang pemberian darjah kebesaran kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum memutuskan untuk menerima atau sebaliknya.

Ia katanya selari dengan dasar parti itu yang menyatakan anggota hanya boleh menerima gelaran selepas menyempurnakan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Mesyuarat CEC semalam diadakan susulan beberapa pemimpin parti itu dianugerahkan darjah kebesaran dari Melaka dan Sabah.

Mereka ialah pemimpin Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok View dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Wong Fort Pin yang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob Jumaat lalu.

Tiga lagi pemimpinnya dari Sabah menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) dari Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin iaitu Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong, naib pengerusi Frankie Poon dan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke pula menyifatkan mereka yang menerima anugerah tanpa merujuk kepada kepimpinan DAP sebagai tidak menghormati parti itu.

"DAP mengiktiraf kepentingan gelaran dan anugerah sebagai cara untuk menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam masyarakat.

"Oleh itu DAP menasihati wakil rakyatnya dan ahli majlis untuk menerima penghormatan ini selepas mereka bersara daripada perkhidmatan, mungkin selepas mereka memberi sumbangan besar kepada masyarakat," katanya.

Mengulas lanjut, Razlan berkata tindakan wakil-wakil rakyat dari Melaka dan Sabah itu menenerima gelaran berkenaan secara langsung mengiktiraf sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.

"Ini telah memberi tamparan hebat kepada perjuangan sebenar DAP.

"Alasan untuk mendapat gelaran selepas pencen ataupun perlu mendapat kebenaran CEC adalah dusta dan hanya mahu menjaga hati rakyat Malaysia buat sementara waktu," dakwanya.

MR : DAP makin berkuasa walaupun manoriti kerana orang Melayu Islam jual diri dan agama....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Bukanlah DAP tidak mahu kepada sistem beraja sekarang. Tetapi RAJA MELAYU. Cuba letak RAJA CINA di tempat raja sekarang, semuanya sokong.Dah memang kaum Cina tidak mengiktiraf bangsa lain lebih tinggi dari Cina. Bukan nak kata rasis, tetapi itu memang budaya mereka. Negara Cina asal mereka bukan kah di naungi oleh maharaja!

    BalasPadam
  2. hapuskan sahaja parti dap laknat tu

    BalasPadam