Header Ads

ads header

Flash News

Denda jika guna beg plastik tahun depan, kata menteri


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Semua pasar raya, kedai dan restoran seluruh negara yang menggunakan beg plastik konvensional didenda bermula tahun depan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata kadarnya ditentukan kerajaan negeri kerana “tahap kesedaran yang berbeza”, lapor Berita Harian.

“Kerajaan negeri akan menentukan nilai caj dan bila ia akan dilaksanakan,” kata Yeo Bee Yin yang menamakannya “caj pencemaran”.

Mahu menggiatkan kempen kesedaran, beliau berkata kerajaan negeri diberi tempoh antara 2019 hingga 2021 untuk menguatkuasakannya.

Beliau berkata kerajaan juga berharap dapat “meningkatkan bilangan pengeluaran beg plastik boleh terurai” bagi kemudahan orang ramai.

Kelmarin, Yeo mengumumkan import bahan buangan plastik dibeku manakala kilang kitar semula haram tidak lagi dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tong sampah plastik bagi negara maju.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Asyik2 Pengguna Jadi Sasaran

    Pergi kedai runcit beli garam satu peket. Garam dibungkus dalam plastik. beli gula 2 kilo. Dibungkus dalam plastik. Beli minyak masak 5 kilo yang di isi dalam botol plastik. Beli biskut 1 kilo yang dipek dalam plastik. 4 barang, 4 bahan plastik. Semua barang diisi dalam 1 beg plastik. yakni 1 beg plastik dan 4 bungkusan/botol plastik. Yang akan kena denda ialah 1 beg plastik. Soalannya ialah bagaimana dengan 4 bungkusan/botol plastik? Pengilang akan di denda? Ada berani?

    Sampai bila gaknya kedunguan ini akan berakhir.

    BalasPadam