Header Ads

ads header

Flash News

Dr Mahathir tersilap lagi, umum sidang tahunan Umno pula


PETALING JAYA, 27 Okt ― Walau sudah lebih dua tahun Parti Pribumi Bersatu (PPBM) ditubuhkan, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi tersasul menyebut Umno.

Terbaru berlaku ketika mengumumkan tarikh persidangan tahunan parti itu, semalam, hingga mengundang ketawa pemimpin dan wartawan.

“Yang pertama saya nak umumkan adalah kita menetapkan persidangan Umno tahunan kedua...,” kata pemimpin berusia 93 tahun itu, seperti dilapor Sinar Harian.

“Bersatu, Bersatu,” sahut beberapa pimpinan parti.

Pengerusi PPBM kemudian hanya membuat reaksi 'comel' dan ketawa kecil.

Pada 1 Mei lalu, Mahathir pernah tersilap apabila meminta orang ramai tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) ketika berucap dalam satu ceramah di Dungun.

Malah ketika berkempen di Pantai Dalam beberapa hari kemudian, beliau meminta pengundi menyokong calon Barisan Nasional (BN).

Julai tahun lepas, di ibu pejabat PKR, perdana menteri juga mengumumkan Mohamad Sabu, presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai presiden Umno.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Ha ha ha ha ha Memang sah Atuk Kerala mewarisi DNA parti lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha tapi dengan senang Atuk boleh U-Turn dengan alasan itu semua perli.Atuk jagoh U-Turn dan rakyat pon redha.

      Padam