Header Ads

ads header

Flash News

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah


IPOH – Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan menyaksikan parti itu dipimpin barisan muka baharu, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden kanan adalah antara 23 jawatan akan dipertandingkan pada pemilihan itu nanti.

“Saya yakin mereka yang bakal mengisi jawatan ini berkemampuan untuk mengambil alih kepimpinan,” katanya ​​​​​​​pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Perak 2018 di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan agar pemilihan itu nanti diadakan secara sihat tanpa ada serangan peribadi antara calon yang bertanding dan menurutnya Gerakan kini mempunyai kira-kira 300,000 anggota di seluruh negara.

Mah berkata Gerakan sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan tempoh lantikan setiap pengerusi bahagian parti dan perkara itu akan diusulkan pada persidangan perwakilan kebangsaan itu nanti.

“Kami bercadang mengehadkan jawatan pengerusi bahagian kepada tiga penggal. Satu penggal adalah bagi tempoh tiga tahun. Terdapat banyak pengerusi bahagian yang telah memegang jawatan selama 20 tahun. Mereka semua bagus.

“Mereka telah menyumbang kepada parti tetapi saya fikir dalam situasi politik baharu masa kini, sebaiknya dihadkan penggal bagi membolehkan semua orang memainkan peranan dalam parti,” katanya.

Mah berkata perubahan itu dilakukan bagi memperkukuhkan parti. – BERNAMA


MR : Mampukah GERAKAN jika bersendirian dalam politik kini?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Dap dipimpin oleh LKS, MCA oleh LTL, Gerakan oleh MSK

    Ini bermakna tiga parti major di pimpin oleh politikus Cina

    Gerakan akan jadi lebih kompetitif kalau kali ini ruang diberikan kepada bukan-Cina.

    BalasPadam
  2. Buka kepimpinan baru kepada yang pro dapigs

    BalasPadam
  3. gi mampus mung masuk dap celaka jee

    BalasPadam