Header Ads

ads header

Flash News

Had umur perkahwinan: TPM telah bentang kepada Majlis Raja-Raja


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau telah membentangkan kepada Majlis Raja-Raja berhubung had umur perkahwinan dalam negara.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ini berikutan undang-undang bagi menetapkan had umur perkahwinan tertakluk kepada kuasa negeri.

"Saya telah membentangkan kepada Majlis Raja-Raja sebab cara pentadbiran Malaysia antara negeri-negeri dan persekutuan ada perbezaan, dan negeri-negeri juga menetapkan bahawa syarat perkahwinan tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di Hanoi semalam.

Beliau yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari di Vietnam bermula kelmarin berkata demikian semasa mengulas mengenai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya baru-baru ini yang dilapor menetapkan had umur perkahwinan bagi orang Islam dan bukan Islam serta lelaki dan perempuan pada 18 tahun di semua negeri.

Bagaimanapun, mesyuarat itu menetapkan perkahwinan bawah 18 tahun dibolehkan, tetapi ia perlu dilakukan dengan bersebab serta mendapat kelulusan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Dr Wan Azizah berkata beliau dimaklumkan bebebapa negeri termasuk Sabah, Selangor dan Melaka telah bersetuju menaikkan had umur perkahwinan itu.

Ditanya sama ada negeri di bawah pemerintahan PAS turut akan melakukan tindakan sama, beliau berkata "kita tunggu dan lihat."

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah mencadangkan supaya diwujudkan sistem amaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberi maklumat awal berkenaan bencana banjir.

"Melalui sistem ini, mereka yang mungkin terlibat dengan banjir dapat berpindah awal dan tidak terkesan begitu buruk sekali," katanya.

Katanya Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama-sama Jabatan Meteorologi boleh melihat kepada pembangunan sistem itu.

- Bernama

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. bahlol la nek jah ni... kes zina bawah umur tak terkawal xnak pulak bawak pada majlis raja2... sibuk nak suruh kawin lambat... apa kejadahnya

    BalasPadam