Header Ads

ads header

Flash News

Hanipa dikecam ‘low class’ kerana isu turunkan had umur mengundi


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila seorang ahli Parlimen membidas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin sebagai “low class” dan tidak profesional dalam isu menurunkan had umur kelayakan mengundi.

Hanipa berkata usul meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun mungkin tidak akan berjaya kerana ia mungkin tidak akan disokong oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.

Usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan 2/3 ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Segala kita buat perlukan pemindaan Perlembagaan. Masalah kita adalah kerajaan tiada 2/3. Memang Yang Berhormat (YB) cakap sokong tapi orang Barisan Nasional pun tak dengar cakap YB, apa lagi suara kami.

“Saya percaya YB mungkin sokong tapi kerajaan tak boleh ambil risiko. Kata sokong tetapi selepas itu tak sokong sebab YB pembangkang, kerja nak malukan kerajaan saja,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) tentang menurunkan had umur mengundi.

Kata-kata Hanipa itu mengundang reaksi daripada wakil-wakil rakyat BN termasuk Ahmad sendiri, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).

Shamsul berkata Hanipa nampak masih memiliki mentaliti pembangkang walaupun sudah menjadi timbalan menteri.

“‘Low class’ punya menteri. Macam pembangkang lagi mentaliti,” katanya.

Ahmad pula berkata usul kerajaan akan disokong jika ia baik untuk rakyat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta pertikaian dihentikan dan meneruskan sesi kepada soalan seterusnya.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Maka itu PM nak sekolah kan Sememangnya 90 peratus kerajaan PH tidak ada standard memimpin standard membangkang adalah.

    BalasPadam
  2. Kahwin tak boleh kalau tak cukup umur ikut definisi kerajaan baru. Dalam masa sama pendaftaran bagi memangkah yakni memilih antara 1. devil yang dikenali dan 2. devil kurang dikenali akan dibuat secara otomatik dan umur 18 tahun atau > adalah layak. Ironinya ialah undang2 IPT yang mengikat aktiviti politik kampus belum di sentuh dan tiada diganggu gugat.

    BalasPadam
  3. Tugas kementerian bukan membaca apa yang tersirat tapi menyatakan apa yang tersurat. Kesongsangan inilah akhirnya menampakkan menteri adalah pembangkang dan pembangkang adalah menteri.

    BalasPadam