Header Ads

ads header

Flash News

Hutang RM 1 Trillion: Guan Eng Putar Belit Untuk Tipu Rakyat, Tapi Kantoi Di Parlimen


SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa hutang kerajaan kekal pada RM686 bilion, berbeza dengan apa yang dicanang menteri itu sebelum ini di depan rakyat.

Menulis dalam Facebook, Najib berkata pengesahan Guan Eng itu menerusi jawapan bertulis kepada ahli parlimen, semalam.

Kata Najib, apa yang dicanang oleh Guan Eng selama ini bahawa hutang berjumlah RM1 trillion itu adalah sebenarnya termasuk pembayaran pajakan sehingga tahun 2045.

“Apa kata anda masukkan sekali kesemua bayaran pajakan dan perjanjiaan sewaan sehingga tahun 2100, Tentu propaganda hutang negara boleh naik sehingga RM2 trilion ataupun RM3 trilion. Lebih sedap didengar berbanding RM1 trilion,” sindir beliau.

Najib turut memuatnaik gambar jawapan bertulis Guan Eng itu di Facebook.

Jelas Najib, kerajaan telah mengeluarkan RM87.5 bilion hutang baru dari Januari hingga September di mana berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah keseluruhan hutang pada penghujung Mac 2018 ialah RM705 bilion atau peningkatan RM19 bilion memandangkan hutang rasmi kerajaan kekal pada RM686 bilion pada penghujung 2017.

“Ini bermakna kerajaan baharu telah meminjam sehingga RM60 bilion lagi hutang baharu sejak mereka ambil alih pentadbiran.

“Jawapan Guan Eng juga mengesahkan bahawa tahap hutang kerajaan BN bagi tempoh 10 tahun hanya meningkat daripada 49.8 peratus pada 2010 kepada 50.8 peratus pada 2017,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Najib, peningkatan ini turut disifatkan Guan Eng sebagai dasar kitaran balas (counter cylical), termasuk pakej rangsangan RM67 bilion, yang bermakna kerajaan BN telah mengambil langkah-langkah wajar untuk meminjam dan berbelanja bagi menyelamatkan negara dari terjerumus ke dalam kemeseletan.

“Disebalik segala propaganda dan putarbelit serta penipuan di luar parlimen untuk memburukkan kerajaan lalu, apabila di Parlimen, mereka dikehendaki bercakap benar.“Ini jawapan rasmi bertulis parlimen. Boleh baca,” kata Najib. -SuaraTv


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Kerajaan PH yg berdiri sekarang ni menang dgn banyak penipuan.. Maka bolehlah digelar kerajaan Pakatan Hancing.. Akhirnya Punah Harapan rakyat... Jom semua beralih ke blok ketiga.. Gagasan Sejahtera.. InsyaAllah selamat dunia akhirat.. Aamiin..

    BalasPadam
  2. Tabik hormat kepada Pak Jib ! Wah hebat Pak Jib menyindir LGE membuatkan saya tersenyum lebar membaca sindiran beliau terhadap LGE:

    “Apa kata anda masukkan sekali kesemua bayaran pajakan dan perjanjiaan sewaan sehingga tahun 2100, Tentu propaganda hutang negara boleh naik sehingga RM2 trilion ataupun RM3 trilion. Lebih sedap didengar berbanding RM1 trilion,” sindir beliau.

    Sepatutnya rakyat menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 untuk memerintah negara kita kerana semua pemimpin-pemimpin PAS bersih dari rasuah dll.

    Malangnya rakyat yang bersikap materialistik telah termakan umpan dalam bentuk fitnah dan janji palsu. Akhirnya rakyat dikencing kaw-kaw oleh pakatan syiah-liberal-kafir harbi.

    BalasPadam
  3. Masa masih ada untuk kita merenung dan berfikir untuk memilih pada pru15 nanti.. umno sudah.. ph sudah.. kita cuba pula PAS.. pru 16 kita nilai semua ketiga2 parti.. yang mana terbaik.. fikir dan nilai dengan akal jangan dengan nafsu

    BalasPadam