Header Ads

ads header

Flash News

Jika dapat berforum dengan PM lagi bagus kata Abdul Hadi


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan hasrat untuk berkongsi pentas dalam satu forum bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi memberi gambaran itu ketika diminta mengulas apakah kehadiran Dr Mahathir ke Port Dickson esok kerana Pakatan Harapan (HARAPAN) rasa tergugat dengan kedatangan presiden PAS itu ke kawasan parlimen terbabit.

“Kalau forum dengan perdana menteri lagi bagus,”
katanya secara selireoh dengan pertanyaan tersebut. Presiden PAS cuba menjawab perangkap wartawan yang dahagakan isu untuk menghentam PAS saat akhir PRK PD.

Dr Mahathir dijadualkan hadir ke Port Dickson malam esok dan akan bergandingan semula dengan calon HARAPAN bagi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas satu pentas selepas 20 tahun.

Wartawan cuba desak dengan mengulangi pertanyaan. Sementara itu, mengulas lanjut soalan sama, Abdul Hadi berkata terpulang kepada perdana menteri untuk dia rasa tergugar atau tidak dengan kehadiran beliau.

“Itu terpulang kepada perdana menteri - rasa tergugat atau tidak dengan Hadi,” katanya ringkas. Aku rasa mesti wartawan Malaysiakini ambil isu jadi tajuk utama.

Menyentuh tentang PRK Port Dickson, Abdul Hadi menasihatkan pengundi berdaftar parlimen itu agar tidak membuat "kesilapan".

Abdul Hadi berkata rakyat Port Dickson perlu mengambil iktibar daripada "kegagalan" rakyat AS dalam memilih pemimpin yang bermoral.

"Kita tahu mereka buat satu undi yang pilih presiden yang ada pada hari ini. Lepas itu berguguran pegawai letak jawatan.

"Rakyat dalam keadaan keluh kesah kerana membuat pilihan raya di mana rakyat tidak diberikan pemimpin yang bermoral.

"Ini yang berlaku (di AS). Ia patut jadi pengajaran kepada kita, rakyat Malaysia pun kena ambil iktibar dengan apa yang berlaku di Amerika," katanya.

MR : Malaysiakini agen DAP memang nak cari kesilapan ungakapan pimpinan PAS....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Terbaik. Tuan Guru Haji Hadi patut cabar Tun Manifesto dalam forum. Lebih-lebih lagi tentang hal ehwal agama Islam. Hujah dari Al Quran dan Hadith boleh mematahkan segala bentuk kebatilan. Biar keluar sendiri dari mulut Singa.

    BalasPadam