Header Ads

ads header

Flash News

Kelantan tak boleh Mukhriz anak Atok aje boleh pasal pembelian kereta


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempertahankan pembelian kereta Volvo baru untuk kegunaan rasmi.

Menurut Mukhriz, pembelian kereta itu dilakukan selepas membuat perniagaan tukar beli (trade-in) dengan dua kereta lama kerajaan negeri, lapor Sinar Harian.

“Setelah diperiksa, terdapat beberapa kenderaan lama tidak digunakan sebab rosak, yang didaftarkan bawah pejabat Menteri Besar, saya buat keputusan lupuskan kenderaan itu secara trade in dan diganti kereta baru.

“Sebab itu harganya tak terlalu mahal walaupun ia kereta hybrid. Ini juga menunjukkan kerajaan negeri prihatin isu alam sekitar dan cuba kurangkan penggunaan minyak dan pencemaran udara,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Mukhriz juga mempertahankan penggunaan jenama asing dengan menyatakan pemasangan komponen kereta itu dilakukan dalam negara.

Harga terbaru bagi September meletakkan Volvo S9 T8 pada harga RM368,888 manakala S90 T8 benilai RM388,888.

Harga tersebut tidak termasuk insurans kereta.

MR : Mana cybertropper PH yang sebelum ini bising.. dah kecut telor nak kondem ke?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Dunia sudah terbalik, cytro KERA-jaan menyerang, pembengkang hanya goyang kaki dan bertahan

    BalasPadam