Header Ads

ads header

Flash News

Kerana enggan pegang botol arak...


Satu video rakaman dipercayai dibuat oleh lelaki India menjadi tular apabila merakamkan seorang gadis Melayu yang bekerja di kedai serbaneka 7-Eleven kerana tidak mahu memegang botol arak.

Dengan alasan ianya haram, gadis Melayu itu menolak untuk memegang botol arak tersebut dan menyebabkan transaksi pembelian tidak dapat dilakukan dan menyebabkan lelaki India terebut menjadi berang.

Lelaki itu juga didengari memaki hamun pekerja di kedai serbaneka itu yang dari rakaman tersebut dapat diketahui kedua-duanya berbangsa Melayu.

“Bodoh punya orang. But** dia. Dia boleh cakap macam ni ke? Ha?

“Beli beer dia cakap tak boleh pegang, tak boleh scan. Wei, boleh ke macam ni? Bodoh punya orang,” kata lelaki India tersebut diselang selikan dengan makian.

Lelaki India tersebut sepatutnya menghormati pendirian gadis terebut apabila menolak untuk memegang botol arak secara baik. Tidak perlu dimalukan dengan membuat rakaman dan menyebarkan kepada umum.

Dan adik manis pula, carilah kerja lain jika tidak mahu memegang botol arak. Betul juga lelaki India itu kata, semasa ‘interview’ kerja, adik sepatutnya sudah tahu yang adik terpaksa membuat kerja itu semua.

Bagaimanpun, sikap gadis Malayu ini harus dipuji kerana tidak mahu terlibat dengan arak dan tetap sabar walaupun dihina oleh pelanggan. Semoga adik akan dapat kerja lain yang lebih baik.

Berlainan pula dengan sikap Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad yang anaknya sendiri bukan kata satu botol arak, satu kilang arak dia beli.

Gadis Melayu itu bagaimanapun ‘diselamatkan’ oleh pelanggan lain berbanggsa Melayu apabila diminta untuk menghentikan rakaman tersebut. – AbuLeman

MR : Jangan harap kamu dapat pembelaan daripada kerajaan PH. Nasiblah kerana 7 Eleven jual arak....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan: