Header Ads

ads header

Flash News

Ketahuilah bahawa Syiah sebahagian daripada pengikut kapal baharu ini


Bermula Mei 2018, maka alkisahnya bergembiralah sebahagian daripada rakyat sebuah negara yang mendapat pemimpin baru. Maka menjajalah mereka ke sana ke mari, di dalam televisyen dan di dalam radio negeri-negeri akan jahatnya kerajaan yang dahulu.

Diumumkan seantero Malaya, tiadalah apa kerja lainnya kerajaan dahulu melainkan menjahanamkan negara dan tidak seperti mereka yang baru naik ini, siang malam tidak tidur memikirkan masalah negara.

Maka setelah beberapa purnama, mulalah bangkit sekumpulan puak meminta jati diri dan meminta dihalalkan segala yang diharamkan sebelum ini.

Bertebaranlah cereka direka, bahawa Syiah juga sebahagian daripada Islam, bahkan kononnya tertindas di bumi Malaya.

Walhal bukan tidak kami ketahui bahawa Syiah sebahagian daripada pengikut kapal baharu dan kini mula menuntut janji ghanimah. Maka setelah berlalu lima purnama, melalui jalur hak asasi, melalui jalur hak beragama, lantas disuarakan oleh penganut agama lain supaya diiktiraf Syiah atas alasan kononnya kebebasan hak beragama.

Sebenarnya Syiah tidak peduli sedikitpun samada ia dikata Islam atau tidak, kerana yang penting bagi mereka adalah pengiktirafan.

Apabila Syiah ini mendapat pengiktirafan, maka ia akan menuntutlah kebebasan hak beragama, dan ia akan menuntutlah hak membuat masjidnya, hak membuat suraunya, hak untuk mengadakan acara ritualnya dan pelbagai lagi hak-hak yang akan dituntutnya.

Atas sebab itulah Syiah tidak pernah dimasyhurkan ianya itu agama di Malaysia sepertimana Hindu dan Budha, bahkan dikatakan ianya sesat jualah selama-lamanya. Supaya ia tidak menuntut macam-macam daripada kerajaan.

Namun di bawah pemerintahan baru ini, kita masih belum pasti lagi. Buku-buku yang diharamkan dahulu kini sudah tidak haram lagi, maka sedikit masa lagi kita sama-sama tunggu bagaimana berterabur kitab-kitab Syiah di pasaran buku Malaysia.

Apapun kita tunggu sahajalah, kesan daripada tangan-tangan jahil yang mengundi dahulu. Walaupun UMNO dan Barisan Nasionalnya itu jahat dan rasuah bagai, namun dalam tempoh 60 tahun mereka memerintah tidaklah sama dengan kerajaan baru ini yang lebih kurang beberapa bulan sahaja memerintah. Bahkan kerajaan baru ini dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja sudah melebihi teruknya Barisan Nasional selama 60 tahun.

Wallahu 'alam...apa nak dikata, tanggunglah kesan dan akibatnya.

#tongkatsunan








............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Sebenarnya kita tidak terkejut dengan artikel di atas sebab pemimpin parti kuali imayam putumayam adalah Mike Selfie Amoi Al-Syiah yang menjadi kepala bapak Syiah di Malaya sebagai wakil aya-tulah Iran.

    Musuh Islam (puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi) akan mengiktiraf Syiah kerana mereka tahu Syiah ciptaan si Yahudi Yaman yang bernama Abdullah bin Saba' adalah ajaran Yahudi yang bertopengkan Islam dan boleh menyesatkan umat Islam di Tanah Melayu.

    Sesiapa yang mengundi puak munafik sekular-liberal dan puak kafir harbi sedang menanggung dosa besar !

    BalasPadam
  2. Bukan itu sahaja , Kerajaan Langit akan dihidupkan kembali dan diiktirafkan. Itulah susulan demi susulan maka terhiduplah kembali kesesatan demi kesesatan atas dasar "hak kebebasan agama" maka terciptalah Ritual Nomoni di Palu , Sulawesi ,yang telah lama dilenyapkan oleh daie-daie wali Sembilan, dan akhirnya Allah turunkan bala yang amat dahsyat memusnahkan puluhan ribu penduduk Sulawesi. Biar padan muka kalian. Allah Maha Adil. Sesungguhnya Syaitan itu sudah putus asa untuk menyesatkan kamu tentang perkara besar, tetapi dia tidak akan berputus asa tentang perkara yang dianggap kecil.

    Ya, sikit demi sedikit , di halalkan pesta arak, nanti dihalalkan pula pesta terbuka atas dasar hak kebebasan agama.
    Mampuslah kau. Siapa yang undi PH , maka terimalah balasannya di dunia dan di akhirat. Aku dah lepas tangan. Baik cabut dari Negara NI SEBELUM BALA BESAR MENIMPA.

    BalasPadam