Header Ads

ads header

Flash News

Kumpulan hak asasi dakwa intimidasi polis semakin teruk bawah PH


PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi manusia membidas tindakan polis menakut-nakutkan aktivis, dan tertanya adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah berubah pendirian tentang kebebasan berhimpun selepas memegang Putrajaya.

S Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata dia dipanggil polis hanya kerana menyerahkan memorandum kepada pemimpin PH.

Beliau berkata dia dipanggil kerana menyerahkan memorandum untuk menghentikan perobohan rumah-rumah di Kampung Bukit Kuda, Klang kepada Pejabat Perdana Menteri, serta perkara-perkara lain berkaitan Bank Negara.

Beliau berkata tiada kejadian buruk atau keganasan berlaku.

Menurut beliau, polis sudah membuat satu laporan dan ditengah-tengah siasatan.

Arutchelvan pada sidang media di pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata polis ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan menyiasat aduan terhadap tunjuk perasaan besar-besaran.

“Mereka hanya akan membuat laporan jika tindakan jenayah atau keganasan dikesan. Tetapi bukan kerana menyerahkan memorandum. Intimidasi polis kini semakin berleluasa,” katanya.

Dia berkata tingkah laku itu bertentangan dengan manifesto PH yang berikrar akan mengkaji semula Akta Perhimpunan Aman dan memansuhkan undang-undang keras yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy kecewa intimidasi polis nampaknya berterusan bawah pentadbiran baharu.

Beliau berkata pada 24 Oktober, satu keluarga diminta bertemu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma.

“Menteri bersetuju untuk bertemu tetapi polis halang kami,” katanya.

Beliau juga berkata dirinya masih dipanggil untuk disoal tentang perhimpunan aman yang berlaku ketika pentadbiran BN.

Beliau berkata polis juga terus memanggil mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan tentang gaji minimum di luar Parlimen pada 17 Oktober. Ini termasuk pemandu dan orang yang memegang pembesar suara, tambahnya.

Sevan berkata tiada keganasan berlaku dalam tunjuk perasaan itu, malah Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran tampil untuk menjabat tangan penunjuk perasaan.

“Tetapi selepas itu polis mula menyoal kami. Saya rasa intimidasi polis terhadap kami semakin teruk,” katanya.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia J Solomon berkata polis Sentul dimaklumkan tentang tunjuk perasaan gaji minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun dia dipanggil oleh polis Dang Wangi 2 hari ini, memaklumkan seorang pegawai polis membuat aduan mendakwa mereka tidak dimaklumkan penunjuk perasaan akan meletakkan kenderaan di Padang Merbok sebelum bergerak ke Parlimen.

“Dari pemahaman saya, kita boleh maklumkan polis di mana-mana balai polis,” katanya, dan menambah mereka tidak pernah menghadapi masalah seperti itu sebelum ini.

“Saya hairan kerana tunjuk perasaan berlangsung secara aman. Tidak ada keganasan dan kami patuhi undang-undang.”

Beliau kecewa polis berkelakuan seperti itu, dan menambah tunjuk perasaan itu diadakan untuk tujuan yang baik.

“Kami bukannya berhimpun untuk menggulingkan kerajaan, tetapi bersuara bagi pihak pekerja.”

Dia menggesa Putrajaya mengkaji isu itu untuk mengelakkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Aktivis Fadiah Nadwa Fikri daripada Malaysia Muda pula berkata Muhyiddin patut sedar apa yang polis lakukan, dan menyeru menteri mengarahkan mereka menghentikan apa-apa bentuk intimidasi.


MR : PH tu UMNO 2.0....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Tidak bersetuju dengan MR UMNO Terlalu lembik dengan musuh politik. Itu lah punca kalah hanya kerana fitnah.

    BalasPadam
  2. Dahulu parti kafir harbi biaDAP dan parti-parti khadamnya menjadi pembangkang, mereka sibuk mengutuk dan mengkritik Be End konon Be End menindas pembangkang. Bahkan puak geng ini mengutuk Atuk Kerala dll.

    Sekarang bila gang ini berkuasa, mereka lebih teruk dari Be End. Cakap tak serupa bikin ! Yang untung ialah Atuk Kerala juga !

    BalasPadam