Header Ads

ads header

Flash News

Lebih baik Hospital Pasir Gudang dari jambatan bengkok – TMJ


Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ismail, berpendapat kerajaan perlu meneruskan pembinaan Hospital Pasir Gudang, berbanding meneruskan pembinaan jambatan bengkok.

TMJ membuat kenyataan itu menerusi akaun Twitternya selepas seorang pengikutnya bertanya pendapat mengenai hasrat kerajaan negeri Johor meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum bersara pada tahun 2003.

“Pada pendapat saya, lebih baik teruskan pembinaan hospital di Pasir Gudang yang kerajaan tangguh sebelum ini dan menambah bajet kesihatan untuk negeri.

“Semua hospital di Johor Bahru termasuk di daerah lain juga memerlukan lebih banyak katil dan peralatan perubatan. Ini hanya pendapat dari rendah hati saya,” titah TMJ.

TMJ turut bersetuju jika Johor mempunyai hab kesihatan dan beliau bersedia turut turut terbabit.


Pilih Pemakanan Seimbang Kekal Gaya Hidup Sihat

Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanannya yang lazat. Daripada hidangan lauk-pauk, masakan panas, kuih-muih dan pencuci mulut, semuanya enak belaka.

“Matlamatnya bukan hanya untuk menyediakan kemudahan perubatan kelas pertama kepada mereka yang memerlukan tetapi juga untuk membantu melatih dan mendidik rakyat tempatan, selain dilengkapi dengan keperluan farmasi dan pakar kesihatan yang berkelayakan,” katanya.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, menyatakan cadangan untuk meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.

Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.

Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi bagi membolehkan kapal kecil melepasi Selat Johor namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.

Projek itu dibatalkan tahun 2006 pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. - BH


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Sayang seribu kali sayang bila 'hadiah' yang perlu diberi untuk menukar putrajaya adalah bukan saja kerusi ketua kabinet dapur malah perlu menghidupkan semula projek Ameno yang terkulai. Lebih ironis, semua itu ditolak oleh Ameno termasuk jambatan lentuk sebaliknya pengkritik azali Ameno pula yang bersetuju menghidupkan projek jambatan lentuk yang terkulai. Hah ketawalah puas2!

    BalasPadam