Header Ads

ads header

Flash News

Lima rentung dalam nahas lebuhraya utara-selatan


IPOH: Lima rentung dalam sebuah kereta yang terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan beberapa buah kenderaan di Km255.3 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara selepas Terowong Menora menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira 11.47 pagi tadi, 5 yang rentung adalah mangsa dalam kereta itu, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Ahmad Adnan Basri.

Beliau berkata siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan bijih besi itu hilang kawalan dan memasuki lorong kanan sebelum menghimpit serta menggesel beberapa buah kenderaan lain.

“Sebuah kereta terhimpit antara penghadang jalan simen di sebelah kanan dengan badan treler sebelum terbakar.

“Mangsa yang berada dalam kereta rentung kerana tidak dapat keluar akibat tersepit manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya dan menurutnya semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Muhammad Shaznil Abd Thoher berkata seorang daripada mangsa yang rentung dipercayai bayi selain 4 mangsa dewasa.

“Ketika operasi pemadaman dijalankan kita lihat pemandu dan penumpang hadapan sudah rentung.

Apabila kerja-kerja pemadaman api selesai dan pemeriksaan dijalankan dua mangsa dewasa rentung ditemui di tempat duduk penumpang belakang manakala bayi itu dijumpa tertindih oleh seorang daripada mangsa itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bomba mengambil masa 20 minit untuk memadam kebakaran berikutan keadaan muatan dan bahagian treler terbakar sepenuhnya.

“Anggota mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mengeluarkan semua mayat dari dalam kereta,” katanya

Katanya, 16 anggota bomba termasuk seorang pegawai serta 5 jentera dari Balai Bomba Kuala Kangsar dan Meru Raya terlibat dalam operasi itu.




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan: