Header Ads

ads header

Flash News

Maksudnya biarkan Tun M mentadbir negara sampai habis tempoh


Sidang Media Presiden PAS
29/9/2018 (Sabtu)
Konvensyen KIDU, Kedah

Soalan : PRK PD 7 penjuru. Bagaimana peluang PAS bila adanya 7 penjuru?
1) PAS pernah bertanding lebih 7 penjuru. 15 penjuru di Bukit Selambau
2) Lebih kepada menyampaikan mesej tak mahu orang bernafsu jadi pemimpin
3) Lebih suka PM habiskan tempoh selagi boleh jalankan tugas

 Maksudnya biarkan Tun M mentadbir negara sampai habis tempoh
1) Ya, kita setuju begitu selagi dia mampu
2) Mungkin dia nak buat pembetulan
3) Walau kita tak sebati dgn dia, tapi bagi tempoh secukupnya untuk dia buat perubahan, jgn baru berapa bulan nak tukar, tidak bermoral.

Pandangan Dato Seri, DSAI mengambil alih pemerintahan, waktu bila sesuai?
1) Rakyat tentukan pemimpin bukan minta rakyat lantik dia jadi pemimpin.

Umno boikot PRK, PAS letakkan calon, so PRK PD ada kerjasama antara Umno dan PAS?
1) Bila kita letak calon, maka tak ada kerjasama dengan Umno dalam kita membuat keputusan

Dalam gerak kerja jentera akan melibatkan orang-orang Umno?
1) Kita buka markas untuk sesiapa saja nak tolong. Yang pasti NGO-NGO juga.

Maksudnya perbincangan official untuk kerjasama belum ada?
1) Bila Umno buat keputusan tak bertanding, kita bertanding, tak ada kerjasama, kita sendiri.
2) Ada orang nak tolong, nak bagi derma pun tak apa.

Dato Seri yakin ahli Umno akan menyokong PAS dalam PRK?
1) Dalam Pilihanraya tak boleh menang dengan undi parti sahaja, mesti dengan undi lain.
2) Di Kedah kita pernah kalahkan Dr Mahathir di Kota Star Selatan, pernah menang di Arau

Komen tentang Saiful Bukhari yang bertanding menentang Anwar
1) Itu kena tanya dia.

Ramai yang ramal kata PAS akan kalah dengan DSAI, adakah PAS masuk juga sebab nak pecahkan undi supaya tak menang majoriti tinggi untuk Anwar?1) Sebagaimana ramai kata PAS akan kalah, ramai juga kata PAS akan menang. Kalah menang biasa.

Ada tujuan nak pecahkan undi supaya majoriti tak tinggi untuk Anwar?
1) Kita lebih dulu daripada org lain. Kita sudah bagitau kepada Umno untuk dia bertanding. Kalau Umno tak bertanding, kita bertanding. Org lain kemudian.
2) Tak timbul pecah undi. Kalau pecah undi, pecah undi orang lain.

Peluang untuk menang?1) Peluang tidak mustahil

PAU, Dato Seri tak hadir?
1) Saya terikat dengan majlis ni (konvensyen KIDU). Sudah ditetapkan awal. Memang menjadi kelaziman saya memberikan ucaptama di majlis ni
2) Kita hantar wakil Timb. Presiden dan lain2

Sebelum ni Presiden Umno cadang kerajaan perpaduan. So PAS macamana kerjasama dengan Umno?1) Kita sudah cadang tahun 2008.

PAS sendiri ok kalau Umno tubuh kerajaan perpaduan dengan PKR?
1) Kita tidak terikat dengan sesiapa
2) PAS ada Majlis Syura Ulama, ada Jawatankuasa Politik akan menilai - kita pernah menyertai kerajaan campuran, pernah sertai BN, menyertai kerajaan di Selangor ketika pembangkang
3) Apa yang penting kita nak selamatkan negara

Maksudnya Dato Seri adakah menyokong sekiranya ada usaha kerajaan perpaduan antara Umno...1) Kita kena tengok dulu kerajaan perpaduan atas dasar apa
2) Kita ada asas kita sendiri - Islam mesti di hadapan

Jadi kalau kena dengan cadangan yang dibawa oleh kerajaan perpaduan tu, ada kemungkinan PAS akan sertai?
1) Kita tak tahu lagi apa dia (kerajaan perpaduan secara detail)
2) Satu andaian yang kita tak boleh jawab
3) Kena lihat kekuatan orang yang menawarkan itu, bukan kita jadi sekadar anak tangga shj

Sebagai parti yang urus PASTI dan sekolah agama dengan baik, so apa pandangan terhadap tahfiz yang gagal dan bermasalah. Adakah ia penyelesaian yang baik atau ada cadangan yang lebih bagus?1) Kita nak tau haram tu sebab apa. Kalau haram sebab tak ada lesen, tak betul. Kalau benda baik mesti berikan kebenaran.

PAS ada pengalaman, jadi ada cadangan?
1) Semua tahfiz ni baik. Arak tu haram.
2) Sepatutnya diurus.

Tak setuju la ditutup?
1) Tak setuju

Kena bantu mereka ka?
1) Kena bantu, baiki, tolong urus.
2) Kita mahu lahirkan rakyat yang bermoral dan berilmu
3) Kalau kerajaan tak mampu mesti ada alternatif rakyat sendiri
4) Konsep Islam melihat aktiviti rakyat dengan bebas. Macam sekolah Cina, nak ajar bahasa tidak jadi masalah melainkn ajar fahaman komunis lain cerita.

Disediakan oleh,
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
30 September 2018


MR : Ada bercakap dengan pimpinan Amanah, dia kata PH lantik Mahathir kerana nak Mahathir membetulkan kesilapan lalu. Itu katanya doa ustaz Fadhil supya umur panjang. Bila PAS minta Mahathir kekal PM sehingga habis penggal dia bising pula. Habis macam mana Mahathir nak betul kesilapan? Pening dengan pimpinan Amanah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Lari dari mulut harimau termasuk mulut buaya. Pilihan yang ada ialah keluar dari mulut buaya secepat yang boleh sebelum lebih banyak kerosakan semasa berada dalam mulut buaya.

    BalasPadam
  2. Malaysia Baru yang Indah Khabar dari Rupawan

    SST caca merba
    Kos sara hidup terus meningkat
    Kadar pengangguran dipandang sebelah mata
    Miskin B40 bertambah
    PTPTN mengikat perut
    Biaya pendidikan mencecah awan
    Royalti petroleum tak nampak bayang
    Hutang terus meningkat
    Kos 'makan angin' ke PBB tidak berkurang
    Dot, dot, dot...

    Sebenarnya ada 1001 alasan untuk Mahafailure di turunkan.

    BalasPadam