Header Ads

ads header

Flash News

Mana ‘jahatnya’ Pas itu wahai MCA?


SAYA boleh jamin kalau sesiapa mendengar atau membaca amaran MCA terhadap UMNO, pasti tersenyum sendiri.

Kalau orang Melayu, akan tempelak ukur baju di badan sendiri anda dululah MCA. Kalau MCA sebuah parti yang kuat macam DAP, lainlah. Ini parti yang hanya memiliki satu kerusi Parlimen.


Maka macam mana boleh pula keluarkan amaran terhadap sebuah parti Melayu yang memiliki kerusi Parlimen terbesar dalam kalangan parti politik di negara ini. Ada tidak parti dalam Pakatan Harapan yang jumlah kerusinya mengatasi UMNO? Ada, iaitu PKR sebanyak 50 kerusi, lebih dua kerusi sahaja daripada UMNO. Tetapi PKR berbilang kaum.

Parti Bersatu pula - khabarnya berteraskan Melayu - yang penerajunya adalah Perdana Menteri pun cuma memiliki 14 kerusi?

Inilah yang bukan sahaja saya, malah semua orang hairan bagaimana boleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong ‘tergamak’ keluarkan amaran tidak akan bekerjasama dengan UMNO jika parti itu terus menjalin hubungan dengan Pas tanpa berbincang terlebih dahulu dengan parti itu. Cuba Ka Siong perhatikan betul-betul di mana kedudukan MCA dalam carta ringkas dalam ruangan ini. Terakhir kan?

Pas ‘penjahat’?

MCA harus realistik. Pas yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah parti pemerintah di Kelantan dan Terengganu. Apa maknanya itu?

Maknanya rakyat di dua negeri itu memberi mandat kepada Pas. Rakyat Kelantan dan Terengganu tidak beri undi kepada parti lain, waima daripada Pakatan Harapan sekali pun.

Tindak tanduk Ka Siong yang terang-terang menentang jalinan kerjasama UMNO-Pas seolah-olah melabelkan Pas itu ‘penjahat’. Mana ‘jahat’nya Pas itu Ka Siong? Adakah kerana Ka Siong mahu mencatur strategi kempen memenangi jawatan Presiden MCA, Ahad 4 November ini, maka dia ‘terpaksa’ jadikan Pas sebagai ‘kambing hitam dalam persaingan tiga penjuru itu.

Ka Siong yang juga Pengerusi MCA Johor akan dicabar Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu dan Ketua MCA Bahagian Beruas, Ngoo Teck Kiong setelah penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu.

Kalau saya boleh imbas keupayaan MCA dalam tempoh lima tahun ini, nampaknya tidak ada yang melekat di kepala. Ada tidak? Kalau ambil contoh sepanjang empat tahun sejak 2013, tidak ada langsung hingar-bingar ataupun ungkapan-ungkapan pedas atau sinikal yang dicetuskan pemimpin-pemimpin kanan MCA terhadap musuh ketat mereka, DAP.

MCA sekadar ‘peluk tubuh’

Pemimpin-pemimpin MCA diam membatu, cuma sekadar berpeluk tubuh sahaja melihat orang UMNO pula menjawab tohmahan atau fitnah daripada musuh tradisi mereka.

Kalau beradu kekuatan dengan DAP pun, yang nampak kelibatnya daripada kaum itu seingat saya, hanyalah daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) yakni kelantangan Timbalan Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan. Di Pulau Pinang khabarnya MCA tidak mampu angkat muka pun. Menjawab isu jauh sekali.

Tempoh hari waktu Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu, MCA hanya menang satu daripada 39 kerusi Parlimen dan dua daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri, sekali gus kekalahan paling teruk dalam sejarah 69 tahunnya.

Ka Siong menang di kerusi Parlimen Ayer Hitam dan dua kerusi DUN yang dimenangi MCA ialah Cheka, Pahang dan Titi Tinggi, Perlis.

Pada PRU-13 MCA dikenali sebagai parti 7/11 kerana menang tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. Saya setuju dengan Ka Siong yang dengarnya bertekad untuk membina semula MCA. Komitmen ini senada dengan yang diluahkan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran. Tapi saya lebih salute Vigneswaran yang berpendirian, kerjasama Pas-UMNO tidak memberi sebarang kesan kepada parti komponen BN.

“Secara prinsipnya, kerjasama itu tiada kesan negatif selagi mana kerjasama itu tidak menjejaskan perjuangan MIC terhadap kaum dan agama Hindu,” demikian tegas Vigneswaran kepada Sinar Harian bulan lalu.

Pas ekstrem?

Lagipun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menjelaskan kepada MCA tidak perlu bimbang dengan apa yang Pas perjuangkan kerana Pas bukanlah parti ekstremis.

Ikut logik akal, apa ekstremnya Pas? Hari ini rakyat Kelantan dan Terengganu menderitakah? Ka Siong barangkali sudah pergi ke Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Bandingkanlah dengan kedamaian yang dikecapi penduduk-penduduk negeri Pantai Timur? Ada bezakan?

Kalau Pas bertekad membentangkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen, itu bukanlah soal ekstremisme wahai Ka Siong. Itu tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk memperjuangkan usaha memperkasakan Mahkamah Syariah dan meningkatkan hukuman jenayah sedia ada tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam.

Dengan Pas yang memiliki 18 kerusi Parlimen, tidakkah cantik untuk MCA turut menjalin kerjasama dalam satu gabungan BN.

Sayang sekali Ka Siong kelihatannya masih ‘cetek pemikiran’ dengan seolah-olah masih duduk di bawah tempurung. Padahal kerajaan Pakatan Harapan sekarang amat menggalakkan aspek kepelbagaian dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Yang penting adalah bagaimana mengisi kemenangan serta meyakinkan pelbagai kaum dalam negara ini bahawa kepelbagaian itu suatu kekuatan.

Dan ini bukan bermaksud apabila bercakap kepada kelompok Cina, mereka ditakut-takutkan oleh MCA dengan kebangkitan Pas.

Leftist, rightist

Sedangkan MCA harus menganggap ia suatu cabaran yang perlu diuruskan dengan baik, dengan memberi ruang kepada kaum tertentu untuk menjadi pemimpin dalam institusi masing-masing.

Agaknya elok juga Ka Siong dapat membaca dan menelaah buku terbaharu karya Prof. Francis Fukuyama yang berada di pasaran bertajuk Identity: The Demand for Dignity and the Politics of Resentment.

Buku itu membahaskan pertembungan antara leftist dan rightist iaitu leftist yang begitu memberi tumpuan kepada hal-hal berkaitan sosialisme. Di sebelah kanan (rightist) pula kumpulan yang bercakap soal-soal nasionalisme yang mana faktor kebersatuan itu adalah negara. Negara jadi pengikat pertembungan kedua-dua ini.

Dan kalau diterjemahkan dalam konteks Malaysia, kepelbagaian ini bukan sahaja kita ada leftist, rightist malahan pelbagai kelompok.


MR : PAS bukan dijahat tapi selalu dijahatkan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. MCA kena cermin dahulu sebelum komen yang samemang perjuangan sama macam DAP anti Islam cuma tak menonjol sangat.

    BalasPadam
  2. Sifirnya mudah. Orang kafir takkan suka orang Islam, Melayu pulak tu bersatu. Orang Melayu pulak tu terlebih bijak, kiblat parti politik lebih wahid dari kiblat agama. Bila dah sesama sendiri bermusuh senang la musuh Islam masuk jarum. Memang orang Melayu ni dari dulu suka menempah malang kut. Kalau tak macam mana timbulnya pepatah, menang sorak kampung tergadai, marahkan nyamuk kelambu dibakar

    BalasPadam
  3. Malaysia sudah berubah. Dap dan PKR sudah berubah. Mantan PiEm paling 'zalim' dan menyebabkan 100 bilion lesap bukan saja tidak lagi akan ditolak ke Sg Bamboo sebaliknya di jadikan BFF dan di bentangkan kappet merah menuju Putrajaya. Dari sudut ekspediensi politik, MCA jauh berada di bawah Dap. Wake up!

    BalasPadam
  4. bila parti politik bertukar jadi parti tupperware hanya bisnes jadi motivasi, idealism ghaib di bawah timbunan $$$.

    BalasPadam
  5. Bukankah MCA dan DAP 'kembar siam' yang pandai main wayang?

    BalasPadam
  6. Tunggu Al Mahdi muncul untuk menegakkan keadilan di dunia ini.

    BalasPadam