Header Ads

ads header

Flash News

Mungkin terasa di tipu oleh PH, Maza keluar kenyataan jangan percaya kepada Orang Politik


“ANTARA rukun hidup yang wajib dipegang, jangan terlalu percaya kepada bicara orang politik kecuali yang terbukti berprinsip,” kata Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Kata beliau, rukun hidup yang seterusnya jangan percaya kesungguhan atau kejujuran orang politik, kecuali jika terbukti dia mengamalkannya sekalipun merugikan kepentingan dirinya.

“Orang politik ramai yang ada banyak warna dan gaya. Kita mungkin hanya tersilau oleh satu warna dan gaya mereka, lalu tersangka itu segalanya.

“Oleh itu jadilah seorang insan Muslim yang adil dalam menilai segala keadaan,” katanya yang mesra disapa sebagai MAZA dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mufti Perlis berkata, mempunyai banyak watak dan gaya tidak salah jika ia berdasarkan keperluan dan mematuhi prinsip kebenaran.

Jelas beliau, apa yang salah apabila kepelbagaian watak dan gaya itu merupakan rencana kemunafikan yang bertujuan untuk kepentingan diri semata tanpa memegang kepada prinsip-prinsip kebenaran.

Mengulas lebih lanjut, Mohd. Asri seterusnya berkata, pemimpin Muslim yang karismatik mampu berinteraksi dengan kepelbagaian keadaan.

Namun, katanya, bukan dengan merendahkan nilai kemuliaan diri dengan watak dan gaya yang tidak mempamirkan nilai keteguhan pegangan akidah dan prinsip kepercayaan.

“Jika kita berbicara penyalahgunaan kuasa tapi gagal mematuhinya kerana kita diberikan ruang kuasa, maka tiadalah beza antara kita dan pihak yang kita kalahkan,” katanya.

Kenyataan beliau itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai pihak sama ada ia ditujukan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negara sejak Mei lalu.

Mohd. Asri bagaimanapun diketahui umum sebagai seorang tokoh agama yang cenderung kepada PH selama ini. – MYNEWSHUB.TV


MR : Dah tersempit baru tergadah, dah hancing baru nak elak....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. biarlah Dr.MAZA ganti Mujahid rasanya terurus masalah agama di Malaysia dgn ilmu pengetahuan agama beliau bertambah lagi ramai pengikutnya

    BalasPadam
  2. mung pun sama mufti keluk kelik...dok buleh dipercayai

    BalasPadam
  3. I relax jer ada mata see, ada nga dengar, ada mulut Diam, tunggu balasan haw haw haw

    BalasPadam