Header Ads

ads header

Flash News

Najib pertahan kenyataan eksport sawit jatuh selepas PRU14


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan kenyatan tentang kejatuhan eksport minyak sawit negara selepas pilihan raya umum ke-14.

Bekas perdana menteri berkata eksport minyak sawit Januari-April tahun ini lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas, tetapi eksport Mei-September tahun ini lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Mengapa Teresa Kok memberi angka-angka dari Januari sehingga September? Cuba kira dari bulan Mei sehingga September, boleh? Naik atau turun?,” katanya di Facebook.

Najib menjawab kenyataan Menteri Industri Utama Teresa Kok yang meminta beliau berhenti mengelirukan orang ramai tentang trend eksport minyak sawit.

Teresa berkata perangkaan eksport Januari-September tahun ini menunjukkan peningkatan 3.6% kepada 18.27 juta tan berbanding 17.63 juta tan tempoh sama tahun lepas.

Najib menyorot perhatian kepada eksport minyak sawit Indonesia yang meningkat setiap bulan berbanding tahun lepas.

“Mengapa tiba-tiba berlaku perbezaan besar untuk trend ataupun corak eksport minyak sawit negara kita dengan Indonesia selepas PRU14?,” katanya.

MR : Semenjak tak jadi PM Najib makin bagus membuat kenyataan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. bila mati akal, apa yang boleh dilakukan untuk nampak akal masih hidup ialah dengan olahan dan pemanipulasian data dan statistik. Cock ingat rakyat masih berada di era PM-4 kot.

    BalasPadam
  2. Sejarah merekodkan bila BAI banyak bercakap selepas di pecat oleh Mamak Bentala, peristiwa berikut berlaku:

    Mata dilebamkan

    Tilam diusung ke mahkamah

    Kesudahnya - Sg Buloh jadi R&R

    Jadinya kawal volume tu.

    BalasPadam
  3. Pakatan syiah-liberal-kafir harbi berfikiran jumud kerana mereka masih mempunyai mentaliti pembangkang walaupun mereka sudah berkuasa sekarang.

    Maka kita tidak merasa hairan melihat pakatan ini sentiasa mencipta putar belit, fitnah, auta dan u-turn untuk menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri walaupun telah jelas pakatan menipu rakyat apabila pelbagai janji pakatan telah ke laut !!!!

    BalasPadam