Header Ads

ads header

Flash News

Nilai semula perjawatan Datuk Dr Mujahid


DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memohon YAB Perdana Menteri agar membuat penilaian semula terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf berikutan pelbagai polemik yang tidak disenangi dicetuskan oleh beliau semenjak dilantik memegang jawatan tersebut bagi portfolio hal ehwal agama.

Terbaru ialah kenyataan beliau berhubung ‘dosa peribadi’ dan hak kerajaan untuk campur tangan didakwanya telah disalahlapor oleh media massa kononnya tiada lagi serbuan ke atas kesalahan khalwat. DPPM berpandangan isu-isu sebegini sewajarnya diselesaikan secara tertutup melalui perbincangan dengan agensi-agensi yang berkaitan. Jika didapati wujudnya pelanggaran terhadap SOP yang telah digariskan, sewajarnya ia diselesaikan melalui kaedah pentadbiran semata-mata.

Apabila Menteri telah membuat kenyataan yang melampaui bidang kuasanya, ia memperlihatkan Menteri seolah-olah tidak memahami bahawa penguatkuasaan syariah berada di bawah Jabatan Agama Negeri masing-masing. Ia selaras dengan Mahkamah Syariah di negeri-negeri yang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam di setiap negeri, selaras dengan Jadual Kesembilan, Senarai II, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan. Penubuhan Mahkamah Syariah juga disertai dengan bidang kuasa eksklusif yang tersendiri, yang melibatkan kes-kes mal dan kes-kes jenayah setakat yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi orang-orang yang beragama Islam.

DPPM ingin mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama kenyataan Menteri berkenaan menjadi polemik. Bermula isu ‘hifzuddin’ yang mana pemahaman beliau bercanggah dengan para ilmuan lain di negara ini, diikuti dengan isu Transgender yang akhirnya beliau sendiri memohon maaf di atas kenyataannya yang beliau sendiri sifatkan sebagai mengelirukan.

Beberapa minggu lepas, beliau sendiri telah mengeluarkan kenyataan secara jelas dan terang bahawa kaedah dakwah Dr Zakir Naik adalah tidak bersesuaian di negara ini kerana ia lebih bersifat mencaci agama lain. Kenyataannya itu disokong oleh individu-individu yang dikenali umum sebagai anti Zakir Naik sejak sekian lama.

DPPM melihat kencenderungan Menteri berkenaan untuk terus menerus mencetuskan polemik adalah sesuatu yang tidak baik untuk perjalanan pentadbiran agama di negara ini. Reformasi di dalam pentadbiran agama tidak boleh dilakukan dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang mengelirukan kemudiannya ditarik balik, tetapi penumpuan wajib diberikan kepada penambah baikan pentadbiran di peringkat dalaman.

DPPM dengan ini mencadangkan kepada Perdana Menteri agar membuat penilaian semula terhadap kelayakan Dr Mujahid Yusuf sebagai Menteri di portfolio berkenaan dan membuat rombakan Kabinet seberapa segera yang mungkin sebelum masyarakat berdepan dengan pelbagai polemik lagi di masa hadapan.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara" 


AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Menteri agama Malaysia yang paling bongok

    BalasPadam
  2. nak suroh PM menilaikan semula .Mana mungkin PM memang suka menieri agama berfikiran macam Mujahid. No way

    BalasPadam
  3. Kepala bapak liberal tidak akan bertindak ke atas barua liberal kerana puak munafik liberal sentiasa menghina Islam , menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Bahkan anak kepala bapak liberal sendiri adalah kepala bapak feminis liberal yang selalu menghina dan menentang ajaran Islam.

    BalasPadam