Header Ads

ads header

Flash News

Noh baca pantun sindir Lim, Takiyuddin mahu bukti tuduhan


KUALA LUMPUR, 22 Okt — Sesi soal jawab di Dewan Rakyat kecoh apabila Tan Sri Noh Omar membaca pantun “janganlah tipu” terhadap menteri kewangan.

Ahli parlimen Tanjong Karang membacanya ketika bertanya mengenai perbincangan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, lapor Berita Harian.

Pantun itu adalah “Bangun pagi terus bersenam, kaki sakit ubat disapu, soalan saya nombor enam, menteri jawab janganlah tipu”.

Speaker Dewan Rakyat mengarahkan Noh menarik balik kerana pantun itu boleh menimbulkan “sangkaan jahat” kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan) pagi ini.

“[...] Tarik balik. Melalui pantun atau sebagainya, intipatinya adalah sangkaan jahat. Tarik balik Tanjong Karang,” kata Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Walau Noh mulanya enggan, beliau setuju menarik balik pantun itu tetapi meminta Lim memberi jawapan yang tidak mengelirukan dewan.

Kekecohan juga berlaku sewaktu Lim menyatakan kerajaan Kelantan “tidak mampu” membiayai gaji kakitangan awam tanpa bantuan kerajaan pusat.

Lapor Malay Mail, kenyataan itu disebut ketika beliau mengandaikan kerajaan Kelantan, Terengganu dan Pahang “berminat” mengambil alih ECRL.

“Pada masa yang sama, saya berfikir bagaimana kerajaan melaksanakannya sedangkan mereka tidak mampu membayar gaji kakitangan awam mereka,” katanya.

Berkeras menafikan dakwaan tersebut, Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baru) mendesak Lim supaya membuktikan tuduhan berkenaan.

Lim kemudian mengingatkan Takiyuddin mengenaikerajaan persekutuan sentiasa memberi ”bantuan” kepada Kelantan.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Kepala bapak parti kafir harbi biaDAP berlagak bodoh sombong. Jika kerajaan persekutuan sentiasa memberi ”bantuan” kepada Kelantan, maka kerajaan persekutuan sentiasa memberi ”bantuan” dan pinjaman kepada kera jaan negeri biaDAP.

    Jika pemimpin-pemimpin biaDAP merasa mereka terlalu bijak dan hebat, mengapa mereka masih memohon bantuan dan pinjaman dari kerajaan persekutuan? Cakap tak serupa bikin !

    BalasPadam
  2. Emmm macam kerajaan BN juga. Aku dah kata dah 2 x 5 je. Tapi korang nak juga pangkah PH sebab korang percaya atuk boleh buat yg lebih baik dari BN. Sekarang apa yg aku cakap sebelum ni terbukti betul. Dah berbuih dah aku dok taip dlm TKO mengatakan PH dan BN 2 x 5 saja. Tapi puak2 PAN kata kita jatuhkan BN dulu. Sekarang BN dah jatuh tapi keadaan tetap sama. Negeri pembangkang di anaktirikan juga. Ha ha ha keluar mulut anjing masuk pulak mulut babi.


    GORBAL2000

    BalasPadam