Header Ads

ads header

Flash News

Pertemuan setiausaha agung BN, PAS sedang diatur kata Nazri


Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan berjumpa dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan pengukuhan kerjasama antara pembangkang.

Kata setiausaha agung BN itu beliau berhubung dengan Takiyuddin untuk memudahkan pertemuan tersebut.

Nazri juga membayangkan pertemuan berkenaan akan berlangsung pada waktu terdekat ini.

"Saya sedang hubungi setiausaha agung PAS dan mungkin (ada pertemuan) esok atau lusa, kita tengok macam mana," katanya ketika ditemui media di lobi parlimen, hari ini.

Untuk rekod Nazri ialah anggota parlimen bagi kawasan Padang Rengas manakala Takiyuddin mewakili Kota Bharu.

Umno dan PAS mengeratkan hubungan kerjasama mereka sebagai pakatan pembangkang sejak berakhirnya pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Usaha itu semakin terbuka apabila pemimpin tertinggi Umno menghadiri muktamar PAS di Kuala Terengganu dan dibalas dengan kemunculan pemimpin PAS semasa perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur.

MCA nyatakan pendirian
Pada 27 Okt lalu Malaysiakini melaporkan Nazri dilantik sebagai setiausaha agung BN dan diberi tugas untuk bertemu parti-parti politik yang berpotensi menjadi BN.

Pelantikan Nazri itu diumum sendiri oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri perhimpunan agung MIC di Kuala Lumpur.

Kata Nazri pertemuan dengan PAS itu bukan bertujuan untuk membawa parti terbabit bergabung dengan BN sebaliknya lebih bertujuan mengukuhkan kerjasama sesama pembangkang.

"Saya tak fikir PAS mahu masuk BN pun," katanya.

Nazri berkata Ahmad Zahid memberi pesanan bahawa Umno perlu berbaik-baik dengan parti pembangkang lain, terutama PAS.

Katanya ia selaras dengan hasrat Ahmad Zahid yang menyatakan BN akan distruktur dan dijenamakan semula bagi menguatkan kembali gabungan itu menghadapi PRU ke-15.

Bagaimanapun untuk rekod MCA sudah menyuarakan rasa kurang senang terhadap langkah dilakukan Umno untuk mendekati PAS.

Beberapa anggota parlimen Umno juga meninggalkan parti berkenaan sejak pemimpin mereka semakin memesrai PAS.


MR : Pangkatan Pembangkang perlu dan PAS mesti menjadi nadi utama dengan agenda Islam..jangan biar UMNO menyeleweng perjuangan menjadi kemudi....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. "Saya tak fikir pun PAS akan masuk BN". Ha ha ha tau tak apa. Pada PAS dan UMNO berpakat la elok2. jangan dok fikir nak menguasai saja. Yang baik untuk rakyat ambil dan buangkan kalau baik untuk diri sendiri sahaja.

    BalasPadam